Kesedaran untuk merancang pewarisan harta seperti Hibah semakin meningkat dalam masyarakat. Ia adalah usaha baik bagi menjaga kebajikan waris terdekat, mengelakkan perebutan pusaka dan memakan harta batil. 

Membuat dokumen Hibah tidak terhenti setakat selesai akad dimeterai. Kaedah bagaimana harta hibah itu akan diturunmilik kepada penerima juga perlu dititikberatkan bagi memastikan hibah berjaya dilaksanakan. 

Kaedah tersebut berkait rapat juga dengan penyedia perkhidmatan Hibah yang anda berurusan. Teramatlah penting.  

 

Konsep Hibah Dalam Islam

Membuat hibah hukumnya SUNAT.

Ia adalah satu tindakan terpuji yang digalakkan dalam Islam. 

Hibah dalam Islam ialah pemberian harta semasa hiduptanpa mengharapkan balasan, dan atas sebab sayangkan penerima.

 

Jenis-jenis Hibah

Terdapat 3 jenis Hibah:

  • Hibah Bersyarat
  • Hibah Mutlak
  • Hibah Amanah

Kebanyakan pelanggan kami membuat Hibah Bersyarat kerana ia lebih menjaga kebajikan pemberi, di samping memastikan hasrat untuk menghibahkan harta kepada penerima tercapai.

 

Siapa Perlu Buat Hibah?

Menghibahkan harta adalah satu pilihan untuk merancang. 

Tidak wajib, tetapi sekiranya tiada Hibah dibuat, harta akan diagihkan mengikut Faraid.

Adakah isteri dan anak-anak selesa berkongsi rumah dengan waris-waris Faraid yang lain?

 

Bagi memahami sejauh mana anda perlu untuk membuat Hibah, mulakan dengan menganalisa struktur waris Faraid sendiri:

  • Kenalpasti siapa waris-waris Faraid anda
  • Ketahui pecahan hak setiap waris
  • Anggarkan nilai keseluruhan aset yang dimiliki
  • Hak setiap waris dalam bentuk RM: Darabkan pecahan hak Faraid setiap waris dengan nilai aset yang dimiliki

 

Sebagai contoh, hak Faraid isteri (arwah suami ada anak) ialah 1/8 atau 12.5%.

Bagi rumah bernilai RM1 juta, nilai hak isteri bersamaan RM125k.

Bagaimana dengan hak waris yang lain, contohnya ibu, ayah, adik beradik dan sebagainya? 

Hibah rumah

 

Sekiranya anda bimbang waris-waris akan menuntut hak Faraid terutamanya bagi aset keperluan dan bernilai tinggi seperti rumah, maka Hibahkanlah harta berkenaan. 

Sekiranya anda ada perancangan untuk mengagihkan harta mengikut formula kaedah sendiri, gunakan instrumen Hibah.  

Bagi harta yang telah dihibahkan, waris-waris Faraid tersebut tiada hak untuk menuntut kerana harta hibah diasingkan dari Faraid.

 

Golongan ‘Kritikal’ Yang Perlu Buat Hibah

Terdapat golongan ‘kritikal’ yang perlu merancang hibah untuk menjaga kebajikan waris terdekat, dan usaha untuk mengelakkan risiko krisis ‘perebutan’ harta.

golongan penting hibah

Antaranya..

1) Pasangan tiada anak

2) Pasangan ada anak perempuan sahaja

3) Pasangan tiada anak lelaki

4) Tidak berkahwin

5) Pasangan yang ada anak angkat

6) Pasangan yang ada anak tiri

7) Berkahwin baru

8) Ada anak bawah umur, dan sebagainya..

 

Rukun dan Syarat Hibah Harta

Rukun Hibah ada 4 iaitu Pemberi, Penerima, Harta yang dihibah dan sighah ijab dan qabul.

Terdapat satu syarat bagi hibah iaitu Qabd (penerimaan harta yang telah dihibahkan).

Dokumen dan prosedur hibah yang dijalankan mestilah menepati kesemua 4 rukun dan 1 syarat ini untuk menjadikan hibah itu sah. 

 

 

 

 

Sedikit perincian: 

1) Pemberi mestilah seorang mukallaf dan berkelayakan menguruskan hartanya. Seorang yang gila, OKU mental, muflis, dan bawah umur 18 tahun tidak layak menjadi pemberi hibah.

2) Pemberi tidak dalam keadaan Maradhul Maut

3) Penerima boleh terdiri daripada sesiapa pun:

  • bawah atau/dan atas 18 tahun
  • waris atau/dan bukan waris
  • Islam atau/dan bukan Islam

4) Harta yang dihibah bernilai di sisi Syara’ dan dimiliki secara sempurna oleh Pemberi. 

5) Ijab qabul yang jelas, sukarela tanpa paksaan.

 

Jenis Harta yang Boleh Dihibahkan

Kebanyakan pelanggan menghibahkan rumah dan tanah yang masih dalam pinjaman bank, LPPSA atau rumah yang tiada hutang.

Semestinya kerana..

  • nilai hartanah yang tinggi,
  • merupakan keperluan asasi tempat tinggal,
  • sukar dipecah bahagi, dan
  • mudah menjadi rebutan waris. 

hibah rumah bersama

Selain hartanah, pelbagai jenis harta-harta lain yang boleh dihibahkan, antaranya:

  • Kenderaan tiada hutang
  • Barang kemas
  • Akaun Pelaburan Emas
  • Saham syarikat 
  • Akaun CDS
  • Akaun Bank
  • ASNB
  • Tabung Haji
  • Private Mandate

 

harta yang boleh dihibahkan

 

Setiap jenis harta dikawal oleh akta yang berlainan.

Penyedia hibah yang bertanggungjawab mestilah memastikan klausa hibah yang didraf selari dengan akta harta berkenaan. 

Sekiranya gagal berbuat demikian, risikonya rukun Hibah tidak ditepati dan boleh terbatal.

Siapa yang menanggung kesannya nanti?

 

 

Kelebihan Berurusan Hibah Dengan Wasiyyah Shoppe

Wasiyyah Shoppe merupakan antara pelopor dan penggiat utama Hibah di Malaysia yang telah berada dalam industri hibah pusaka sejak tahun 2004 lagi.

Sudah hampir 20 tahun!

 

Syarikat Yang Telah Established 

Kelebihan berurusan dengan syarikat yang sudah lama established ialah lebih diyakini Wasiyyah Shoppe akan wujud lagi berpuluh tahun ke hadapan

Tidaklah waris nanti terkial-kial mencari panduan nak uruskan turunmilik harta hibah dan pusaka. 

Lebih-lebih lagi dengan status Wasiyyah Shoppe sebagai syarikat amanah (trustee), kesinambungan operasi syarikat dipelihara bawah undang-undang iaitu Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100). 

 

Panel Penasihat Yang Berkepakaran Dalam Hibah

Untuk menyediakan dokumen hibah yang berkualiti, penyedia perlu faqih dalam hukum syara’ berkaitan pewarisan dan berpengalaman dalam praktikal undang-undang Syariah serta Sivil. 

Panel penasihat Wasiyyah Shoppe terdiri daripada

 

Tambah lagi, produk hibah Wasiyyah Shoppe bersandarkan penyelidikan dan kajian lapangan.

Mengapa ia penting?

 

Produk Hibah Yang Lebih Terjamin

Dokumen Hibah yang solid dan failproof mesti bersandarkan akta dan enakmen dan dapat diHUJAHkan menepati rukun-rukun dan syarat Hibah di Mahkamah Syariah.

Sekiranya dokumen Hibah yang dibuat itu lemah, sehebat mana pun peguam sukar untuk mempertahankan. 

Disebabkan itu, Wasiyyah Shoppe melabur besar untuk mendapatkan khidmat Panel penasihat yang hebat dan menjalankan kajian penyelidikan berterusan untuk memastikan hibah terjamin untuk terlaksana walaupun ia dicabar oleh waris-waris lain. 

Apa buktinya hibah Wasiyyah Shoppe solid dan failproof?

Rekod Wasiyyah Shoppe – lebih 300 kes pengesahan Hibah diperoleh di Mahkamah Syariah.

Semua kes yang dibawa berjaya tanpa kalah.

 

Bertindak SEGERA! Prosedur Untuk Hibah Harta

1) Senaraikan harta yang dimiliki

2) Tetapkan hasrat pembahagian bagi setiap harta

3) Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 untuk berbincang kaedah solusi terbaik, pakej yang bersesuaian dan kos.

4) Proses penyediaan dokumen Hibah.

5) Sesi ijab qabul dijalankan. Kaedah inovasi terbaru Wasiyyah Shoppe dan yang pertama di pasaran ialah hibah signing menggunakan apps

 

Wallahua’lam

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This