Pada 31 Mac 2024 yang baru sahaja berlalu, Wasiyyah Shoppe Berhad melakar sejarah penting dalam pewarisan harta Islam apabila telah berjaya memperoleh Perintah Pengesahan Hibah yang PERTAMA di Malaysia bagi akad hibah digital pelanggan yang dijalankan sepenuhnya menerusi aplikasi mudah alih (apps).

Perbicaraan kes hibah tersebut telah berlangsung di Mahkamah Syariah Johor. Berpotensi menjadi landmark case yang menjadi rujukan kes seumpamanya pada masa hadapan.

Keluarnya perintah hibah tersebut bermakna Hakim Syarie bersetuju bahawa inovasi Wasiyyah Shoppe menggunakan kaedah akad hibah tidak menggunakan kertas dan sepenuhnya secara digital memenuhi empat rukun dan syarat Hibah.

Sekaligus menolak kerisauan sesetengah prospek mengenai kesahan hibah menggunakan apps, yang berlainan dengan metod hard copy seperti kebiasaannya.

 

Apps Akad Hibah Apps UsraHDD

Apps yang digunakan dibangunkan oleh Wasiyyah Shoppe, dinamakan sebagai Usra Hibah Digital Document (UsraHDD).

UsraHDD ialah sistem aplikasi mudah alih pelaksanaan akad hibah digital melalui handphone dan tanpa kertas pertama di dunia, dibangunkan oleh kepakaran dalaman Wasiyyah Shoppe Berhad dan diluncurkan pada Mac 2023.

Saya tidak menolak kemungkinan terdapat syarikat lain yang menggunakan apps untuk mendaftar dan memasukkan maklumat bagi penyediaan dokumen hibah harta.

Bezanya ialah UsraHDD menjalankan kesemua prosedur hibah menerusi metod digital dan apps.

>> Dokumen hibah secara digital.

>> Sign akuan pemberi dan penerima hibah secara digital.

>> Penyimpanan selamat di cloud.

Kos pembangunannya tidak murah. Begitu juga cabaran untuk meyakinkan Mahkamah dan memastikan dengan kaedah paperless ini diterima sebagai bahan bukti yang kuat untuk mengesahkan berlakunya hibah.  

hibah digital

 

Kelebihan akad hibah UsraHDD antaranya:

👍Akad Hibah yang lebih fleksibel. Pemberi hibah dan penerima hibah boleh berakad hibah pada bila-bila masa dan di mana-mana jua asalkan berhubung dengan internet.

Kaedah akad hibah secara tradisional memerlukan kesemua pemberi, penerima-penerima hibah dan 2 orang saksi berkumpul di suatu lokasi yang tertentu bagi melaksanakan majlis akad hibah. Dokumen hibah perlu ditandatangani secara fizikal.

👍Dokumen hibah selamat disimpan (safekeeping) di cloud. Pemberi dan penerima hibah boleh merujuk dokumen hibah tersebut di apps pada bila-bila masa diperlukan.

Kaedah tradisional, dokumen hibah hard copy perlu disimpan selamat. Sekiranya pelanggan menyimpannya sendiri, ia perlu dipastikan terpelihara dari rosak, banjir dan sebagainya.

 

Lebih Terjamin Pewarisan Harta Bersama pioneer industri

Kaedah hibah apps UsraHDD ini bukanlah usaha pertama Wasiyyah Shoppe membangunkan kaedah akad hibah secara digital.

Semasa PKP melanda dan sukar untuk bertemu secara fizikal bagi tandatangani dokumen hibah, Wasiyyah Shoppe telah memperkenalkan kaedah akad hibah secara televideo atau video conference.

Walaupun tidak dapat berkumpul dan berjauhan, saya masih dapat membantu klien menyempurnakan akad hibah.

Tapi… sah ke hibah dengan cara ni?

Kaedah akad Hibah menerusi televideo juga telah diiktiraf sah oleh Hakim Syarie. Perintah pengesahan hibah bagi kes klien Wasiyyah Shoppe dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Selangor pada 27 Julai 2023.

Bagi kes-kes hibah sebelum ini, telah lebih 300 kes kendalian Wasiyyah Shoppe yang diiktiraf sah oleh Hakim di Mahkamah Syariah seluruh negara.

Apa rahsianya?

Wasiyyah Shoppe telah mengambil pendekatan berhati-hati dengan mengadakan sesi libat urus aktif dengan pelbagai pihak berotoriti, pakar undang-undang syariah dan sivil serta ilmuwan agama yang berpengalaman.

Tetapi..

Kaedah hibah apps dan televideo yang beroleh perintah pengesahan hibah ini KHUSUS bagi prosedur yang dijalankan oleh Wasiyyah Shoppe SAHAJA.

Sekiranya ada syarikat lain yang menawarkan hibah apps atau televideo, kaedah mereka belum tentu lagi diperakui sah oleh hakim.

“Perintah pengesahan hibah yang kami perolehi untuk dokumen hibah melalui UsraHDD ini membuktikan bahawa Mahkamah Syariah mengiktiraf dokumen hibah digital dan Wasiyyah Shoppe Berhad berbangga kerana kami menjadi pelopor kepada kaedah digital ini di Malaysia,

CEO Wasiyyah Shoppe Berhad, Hj Ariffin Sabirin.

Dengan perintah pengesahan hibah untuk dokumen hibah UsraHDD ini, Wasiyyah Shoppe Berhad muncul sebagai satu-satunya syarikat amanah di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan hibah melalui kaedah penyediaan dokumen fizikal yang perlu ditandatangan, kaedah televideo dan kaedah dokumen hibah digital.

Kesemuanya itu telah terbukti berkesan dari sudut undang-undang, mempunyai trek rekod perintah pengesahan hibah daripada Mahkamah Syariah dan berkuatkuasa mengikut undang-undang semasa.

 

Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 untuk Hibah Harta patuh syariah dan terbukti berkesan

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This