Cuti hujung minggu yang lepas saya uruskan dua sesi hibah signing hartanah bagi dua keluarga yang dibuat secara remote. Iaitu menerusi penggunaan apps yang dibangunkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad.

Saya gemar kaedah ini kerana ia memudahkan dan menjimatkan masa. Selesai sesi hibah, klien dan saya juga boleh meneruskan aktiviti keluarga seperti biasa. Sesi ini tidak memakan waktu sepanjang kaedah biasa.

Hibah signing secara apps adalah kaedah inovasi yang tidak dibuat oleh mana-mana pihak sebelum ini. Keseluruhan proses yang kami jalankan menggunakan kemajuan teknologi digital secara end-to-end, iaitu dari segi

  • pendaftaran,
  • penyediaan dokumen hibah,
  • hibah signing, dan
  • sehinggalah penyimpanan selamat dokumen.

Namun biasalah bagi perkara baru yang belum dibuat orang… mungkin ada yang ragu-ragu, adakah sah hibah signing yang menggunakan apps?

 

Siapa Yang Berkuasa Menentukan Sah Dokumen Hibah?

Bagi menentukan kesahan dokumen Hibah, kita perlu berbalik kepada siapa autoriti yang berkuasa menentukannya.

Hibah berada bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Oleh sebab itu, Hakim Mahkamah Syariah merupakan autoriti yang diberi kuasa untuk menentukan sesuatu dokumen hibah yang dibuat itu sah atau tertolak.

Hakim menentukan berdasarkan hukum Syara’, pandangan ulama’ dan hujahan.

Atas dasar itulah Wasiyyah Shoppe telah menjalankan penyelidikan akademik dan lapangan bagi mengkaji bagaimana praktis masa kini pembiayaan, pemilikan dan pengagihan aset dapat disesuaikan untuk menepati rukun dan syarat Hibah bagi pelbagai jenis harta yang ingin dihibahkan.

Yang demikian menjadikan produk servis keluaran Wasiyyah Shoppe menjadi rock solid!

Buktinya, Wasiyyah Shoppe telah melalui lebih 300 kes pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah TANPA KALAH!

 

Kesan Medium Hibah Berbeza

Medium Hibah menggunakan apps berbeza dengan kaedah konvensional yang menggunakan kertas atau hard copy dari sudut:

  • cara penyampaian, dan
  • cara penyimpanan maklumat dokumen.

Oleh yang demikian, pengenalan medium hibah yang baru ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat tanpa selidik atau mengikut trend masakini yang beralih kepada digitalization semata-mata.

Medium yang digunakan memberi kesan terhadap tatacara perbicaraan bagi kes hibah yang dibawa.

Sekiranya Mahkamah mendapati bentuk medium apps digital tersebut tidak cukup prasyarat untuk dijadikan asas penghakiman, dokumen hibah digital itu boleh ditolak. Ia tidak dapat dijadikan bahan keterangan atau bukti hibah telah dilaksanakan.

Oleh yang demikian, sebelum inovasi apps ini digunapakai dan dipasarkan kepada masyarakat, Wasiyyah Shoppe terlebih dahulu telah memastikan tatacara hibah signing menggunakan apps dibangunkan selari dengan perkembangan undang-undang semasa.

Tambah lagi, kaedah prosedur Hibah dalam apps juga mestilah memenuhi rukun dan syarat Hibah agar Hibah yang dibuat tiada masalah untuk terlaksana.

Malah integriti dan kestabilan platform untuk menyimpan dokumen Hibah dan rekod hibah signing menjadi keutamaan syarikat.

 

Trend Hibah Digital

Pengenalan hibah signing secara apps yang dipelopori oleh Wasiyyah Shoppe adalah satu inovasi baru dalam pewarisan harta orang Islam.

Sudah pun ada syarikat pesaing yang turut sama memperkenalkan hibah digital.

Ia adalah satu trend yang baik bagi membantu meningkatkan kadar peratusan orang Islam yang telah merancang dan melaksanakan hibah harta.

Namun begitu, sepertimana hibah secara metod konvensional (hard copy), pemilihan penyedia dokumen Hibah yang anda berurusan tersangatlah penting kerana ia melibatkan isu Hibah yang dibuat itu sah atau terbatal.

Dokumen Hibah keluaran Wasiyyah Shoppe dengan syarikat lain pastinya tidak serupa.

  • Klausa dokumen berbeza.
  • Kaedah perlaksanaan pun berbeza. Malah boleh jadi sangat berbeza. 

Apabila trend hibah digital semakin berkembang, perbandingan produk Hibah antara syarikat-syarikat pusaka akan tampak lebih ketara apabila masing-masing memperkenalkan platform digital sendiri.

Sepertimana yang saya terangkan, isu medium hibah atau platform apps yang digunapakai adalah penting. Mestilah menepati prasyarat undang-undang yang berkenaan.

Untuk lebih terjamin harta dapat diwariskan kepada penerima yang dihasratkan, saya sarankan untuk anda berurusan dengan Wasiyyah Shoppe Berhad.

Dan menerusi saya sebagai perunding 🙂

 

Untuk merancang Hibah Harta, boleh Whatsapp saya, Ansari 019-749 8210

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This