Sebelum harta pusaka dapat diagihkan kepada waris-waris Faraid, Pentadbir pusaka perlu menguruskan prosedur tuntutan pusaka sehingga selesai. 

Pengurusan pusaka tidak percuma. Kosnya samada besar atau kecil bergantung kepada nilai dan jenis harta pusaka yang ditinggalkan, dan dengan itu tempat di mana ia diuruskan; samada di Pusaka Kecil, Mahkamah Tinggi atau Amanah Raya.

Bagi waris yang tidak berupaya mengurus sendiri, boleh dapatkan khidmat profesional seperti Wasiyyah Shoppe. Meskipun ada tambahan kos pengurusan, hasilnya prosedur tuntutan pusaka dilaksanakan dengan teratur dan pusaka dapat dicairkan kepada waris-waris dengan cepat. 

Persoalannya… siapa yang patut membayar kos pengurusan pusaka?

 

Cons Urus Pusaka Sendiri

Waris yang hendak berjimat kos biasanya memilih untuk mengurus pusaka sendiri. 

Bagaimanapun, masalah yang lazim berlaku bagi waris yang mengurus sendiri pusaka ialah

  • tidak tahu cara,
  • tidak ada masa, dan
  • tiada peruntukan wang.

Implikasinya, prosedur tuntutan pusaka ditangguh lama untuk selesai. Sehingga ada yang mencecah puluhan tahun.

 

urus pusaka sendiri

 

Antara kesan bertangguh antaranya..

  • Risiko waris berlapis: Apabila adanya waris yang meninggal dunia sebelum pusaka arwah selesai diurus, bahagian waris itu menjadi hak waris-warisnya pula.
  • Apabila bilangan waris bertambah, beban ke atas pentadbir bertambah kerana dia perlu mendapatkan kerjasama kesemua waris.
  • Dokumen penting yang diperlukan hilang atau rosak
  • Harta terbiar, tidak diusahakan
  • Risiko waris memakan harta batil

 

Bagi mengurus sendiri urusan pusaka, pentadbir perlu mahir dan tahu bagaimana apa yang perlu dibuat dalam situasi seperti berikut:

Bagaimana jika ada waris yang enggan bekerjasama?

Bagaimana jika ada waris bawah umur atau OKU?

Bagaimana hendak mendapatkan no akaun bank arwah jika tiada simpanan bank statement?

 

Hanya orang yang pernah mencuba urus sendiri yang faham cabarannya. 

Malah bagi yang berpengalaman, cabaran pada lain kali mungkin berbeza. Berlainan dari sudut berurusan dengan waris-waris, harta berlainan, pentadbiran dan sebagainya.

Sementara itu, waris-waris lain hanya menunggu sahaja ‘durian jatuh ke riba’.. 

 

Kos Pengurusan Diambil Dari Harta Pusaka

Sebelum harta pusaka diagihkan kepada waris, kos urus jenazah dan hutang arwah perlu diselesaikan dahulu.

Pengurusan pusaka tidak termasuk dalam hutang arwah, tetapi secara praktis kos yang terlibat boleh diambil dari harta pusaka.

Apa dalilnya ia dibolehkan?

Saya mencari-cari hujah bagaimana hukum tersebut dikeluarkan oleh para fuqaha’ dan akhirnya menemui jawapan dari muftiwp.

Hujahannya berdasarkan kaedah Usul Fiqh: 

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

“Sesuatu kewajipan yang tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia (menjadi) wajib”

 

Sesuatu perkara akan menjadi wajib apabila melalui wasilahnya sahaja objektif hukum (wajib) boleh tercapai. Sebagai contoh, wudhu’ yang asalnya sunat menjadi wajib apabila hendak menunaikan solat fardhu. 

Pengagihan harta pusaka adalah satu kewajipan, dan ia tidak dapat terlaksana tanpa melalui prosedur pengurusan pusaka sehingga selesai. Urusan tersebut memerlukan kos dan perbelanjaan.  

Kos tersebut boleh dibiayai dengan menggunakan harta pusaka peninggalan arwah berdasarkan kaedah di atas, dengan persetujuan para waris. 

 

‘Khairat’ Pusaka

Meskipun kos urustadbir pusaka boleh diambil dari harta pusaka, namun terdapat cabaran dan halangan dari sudut perlaksanaan.

  • Waris-waris perlu bersepakat amaun harta alih pusaka yang diperuntukkan untuk membiayai prosedur.  
  • Wang pusaka dari akaun bank arwah hanya boleh dikeluarkan apabila surat kuasa mentadbir telah diperoleh. Waris perlu dahulukan wang sendiri.
  • Lebih tinggi kos pengurusan pusaka, kesannya nilai harta yang diperolehi oleh setiap waris juga akan berkurang. 

Bimbang apabila para waris masing-masing gagal mencapai kata sepakat untuk membiayai kos ini, harta pusaka arwah akan terus terbeku. 

 

Penyelesaiannya, pemilik harta boleh mengambil plan khairat pusaka, iaitu peruntukan khusus untuk membiayai kos pengurusan pusaka sehingga selesai. 

Pakej ini eksklusif hanya di Wasiyyah Shoppe, iaitu plan pengurusan pusaka Al-Wasitah

Waris tidak perlu menanggung kos pengurusan pusaka dan tanpa ‘mengusik’ pusaka, kerana kos tersebut telah dicover menerusi Al-Wasitah.

Pemilik harta yang bertanggungjawab dan prihatin memudahkan urusan waris-warisnya!

 

Ringkasnya, kelebihan al-Wasitah seperti gambar di bawah.

khairat pusaka

 

Ingin melanggan Al-Wasitah, Whatsapp saya Ansari 019-749 8210

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This