Banyak kisah suram tentang nasib waris yang tidak terbela selepas kehilangan yang tersayang. Pertelingkahan anak beranak yang berebutkan harta sehingga putus perhubungan.
Yang positifnya, masyarakat kini sudah semakin celik. Ramai yang sudah semakin prihatin merancang harta semasa hidup bagi memudahkan waris meneruskan hidup selepas ketiadaan kita.
Kesedaran untuk merancang itu satu langkah positif. Namun merancang perlukan tindakan. Dan tindakan mestilah berasaskan ilmu, bukan ikut-ikutan atau hanya mendengar kata orang.
Berikut saya ringkaskan poin-poin penting yang perlu diketahui tentang hibah dan pewarisan:
Buat Hibah atau Wasiat?
Penggunaan instrumen pewarisan yang tepat sangat penting kerana setiap satu ada fungsinya tersendiri.
Ia juga menentukan samada penerima itu berhak menerima harta itu selepas pemilik asal meninggal dunia, atau terpaksa berputih mata kerana kesilapan instrumen yang digunakan.
Untuk menentukan samada anda perlu buat Hibah atau Wasiat, lihat kepada siapa kepada penerima dan hubungannya dengan anda:
👉 Jika penerima adalah Waris, buat Hibah.
👉 Jika penerima adalah BUKAN WARIS seperti anak angkat, anak tiri, infaq dan sebagainya; anda boleh memilih untuk membuat Hibah (tiada had) atau Wasiat (terhad 1/3 daripada harta).
Hukum wasiat kepada waris bersandarkan hadis Rasulullah:
أنَّ اللهَ قد أعطَى كلَّ ذي حقِّ حقَّهُ, فلا وصيَّةَ لوارثٍ
“Sessungguhnya Allah SWT telah menentukan setiap yang mempunyai hak (ahli waris) akan mendapat hak mereka. Maka, tidak ada wasiat kepada ahli waris”
Riwayat Abu Daud (2870), Ibn Majah (2210), dan Ahmad (286)
Berdasarkan hadis ini, terdapat perbezaan pandangan ulama’ berkaitan hukum Wasiat kepada waris.
Pandangan yang lebih ringan menyatakan bahawa sah wasiat kepada waris, tetapi dengan syarat mendapat persetujuan daripada ahli waris lain.
Dan persetujuan itu mestilah diperolehi selepas kematian pewasiat, bukan semasa hidupnya.
Oleh demikian, jika ahli waris lain hanya bersetuju dengan cakap mulut semasa pewasiat masih hidup, tetapi menukar keputusan untuk tidak bersetuju selepas kematiannya, maka wasiat itu akan terbatal.
Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.
Perlukah saya buat Hibah?
Persoalan ini sangat penting untuk difahami kerana bukan semua orang perlu hibah. Contoh orang yang tidak perlu membuat Hibah:
🙅♂️ Orang yang tidak mempunyai harta langsung.
🙅♂️ Mereka yang mahukan hartanya dibahagi mengikut pembahagian Faraid.
Membuat perancangan pewarisan itu satu pilihan.
Hibah disarankan bagi menzahirkan kasih sayang pemberi Hibah yang prihatin terhadap kebajikan penerima Hibah.
Semak tiga kriteria utama ini dahulu untuk menentukan samada anda perlu buat Hibah:
Kriteria #1: Siapa Waris Faraid dan Bahagian
Semak struktur keluarga anda, dan rujuk pembahagian Faraid – siapa waris yang berhak dan bahagian hak. Waris-waris inilah yang akan mewarisi pusaka anda, sekiranya tiada perancangan pewarisan dibuat.
Hak isteri atau beberapa orang isteri
Kebiasaannya isteri sangat berkehendak untuk menggesa suaminya membuat hibah kerana hak Faraid isteri hanya 1/8 (jika ada anak).
Bagi individu berpoligami, bahagian 1/8 itulah yang akan dikongsi bersama oleh semua isteri yang ditinggalkan.
Ada anak lelaki
Ada yang beranggapan apabila ada anak lelaki, tidak perlu membuat hibah kerana sudah ada waris penghalang. Dalam situasi ini, ada beberapa objektif Hibah dibuat:
👉 Untuk samaratakan hak anak lelaki dengan anak perempuan
👉 Memudahkan pengurusan harta
👉 Membahagikan harta tertentu kepada anak-anak yang tertentu.
Tiada anak atau anak lelaki
Bagi pasangan suami isteri yang tiada anak atau tiada anak lelaki, maka mereka terdedah untuk berkongsi hak Faraid dengan adik beradik arwah.
Bagi yang mengambil anak angkat, kritikal untuk Hibah kerana hubungan angkat tidak waris mewarisi. Oleh itu, jika tiada perancangan dibuat, maka kebajikan anak angkat mungkin akan terabai.
Baca juga: Pewarisan Kepada Anak Angkat
Kriteria #2: Keupayaan Waris Mengurus Harta
Perkara kedua ialah meneliti keupayaan dan kelayakan waris untuk menguruskan harta, mengikut tafsiran undang-undang.
Anak bawah umur, orang kurang upaya dan mereka yang tidak waras tidak berkelayakan untuk mengurus harta.
Mahkamah atau Pusaka Kecil akan melantik pentadbir yang layak bagi mengurus dan menyimpan bahagian Faraid mereka, sehinggalah mereka mencapai umur 18 tahun atau status kurang upaya ditarik balik.
Sekiranya bahagian mereka diserahkan kepada Amanah Raya untuk disimpan, maka isteri yang memerlukan biaya bagi menjaga anak tersebut perlulah memohon dari Amanah Raya bagi mengeluarkan sebahagian peruntukan.
Isteri perlu berulang alik untuk memohon peruntukan.
Kesukaran ini boleh dibendung sekiranya harta tersebut telah dihibahkan kepada isteri.
Kriteria 3: Perhubungan Keluarga Tidak Baik
Adakalanya semasa hidup lagi telah timbul bibit-bibit bahawa ada waris yang akan menuntut hak Faraidnya.
Perhubungan menantu-mertua yang kurang baik.
Perhubungan ipar yang dingin.
Malah sekiranya hubungan menantu-mertua atau ipar baik sekalipun semasa arwah hidup, itu tidak menjamin hubungan baik itu akan kekal sebegitu setelah anaknya tiada.
Perhubungan boleh berubah, terutamanya apabila melibatkan harta.
Selain itu, ada juga ibu bapa yang sudah tua dan uzur yang menyerahkan urusan kewangan dan membuat keputusan kepada penasihat 25%, iaitu anak mereka.
Maka walaupun adik beradik arwah terhalang daripada mendapat hak Faraid, mereka masih boleh mempengaruhi keputusan ibubapa.
Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.
Harta yang boleh dihibah?
Harta yang hendak dihibah mestilah menepati syaratnya, antaranya:
👉 Diperoleh secara halal
👉 Bernilai
👉 Milik sempurna pemberi hibah
👉 Wujud semasa dihibahkan
👉 Boleh diserahmilik.
Ada banyak jenis harta yang boleh dihibah, antaranya:
👉 Rumah/tanah yang tiada hutang dan masih dalam pinjaman
👉 Kenderaan
👉 Tabung Haji
👉 Wang simpanan, akaun CDS,
👉 ASB
👉 Saham koperasi,
👉 Barang kemas dan sebagainya
👉 Saham syarikat
Hibah Wasiyyah Shoppe
Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) adalah syarikat amanah yang berpengalaman luas dalam bidang hibah, wasiat dan pusaka.
WSB juga yang mempelopori solusi hibah rumah bercagar atau yang masih dalam pinjaman.
WSB telah melabur banyak untuk membiayai geran penyelidikan universiti bagi memastikan solusi hibah harta bercagar yang ditawarkan menepati syariat dan perundangan.
Dari kesahan hibah, rekod bersih WSB memenangi lebih 300 kes pengesahan hibah sukar diatasi oleh syarikat pesaing.
Sekiranya anda menepati kriteria di atas, atau berhasrat untuk membuat dokumen Hibah, WSB adalah pilihan yang tepat. Boleh hubungi saya seperti di bawah.
Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.
- Hibah Solusi Bagi Muallaf Wariskan Harta Kepada Keluarga Bukan Islam - November 11, 2024
- Old Money: Warisan Kekayaan dan Pewarisan Harta dari Generasi ke Generasi - November 10, 2024
- Takaful untuk Langsai Hutang: Pilih Agihan Secara Hibah atau Wasi? - November 6, 2024