Wasiyyah Shoppe Berhad, syarikat amanah patuh syariah dan penyedia hibah terbesar di Malaysia baru-baru ini telah melancarkan produk Hibah Akaun CDS (Central Depository System), iaitu akaun yang digunakan untuk membuat pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Pengenalan perkhidmatan ini dijangka akan mendapat sambutan baik dari kalangan pelabur beragama Islam kerana ia adalah perkhidmatan perancangan harta patuh syariah yang pertama bagi kelas aset ini di Malaysia.

Bursa Malaysia sendiri telah mengiktiraf usaha Wasiyyah Shoppe memperkenal Hibah Akaun CDS:

 

pengesahan bursa malaysia

 

Pengenalan Akaun CDS

Akaun CDS adalah akaun yang mengandungi maklumat pelaburan saham pelabur di Bursa Malaysia. Mana-mana individu atau pihak yang membeli dan menjual saham atau sekuriti dalam syarikat-syarikat tersenarai perlu menggunakan akaun trading yang biasanya dibuka bersekali dengan akaun CDS di bank-bank pelaburan atau broker berdaftar dengan Bursa Malaysia.

Pembangunan produk Hibah Akaun CDS melibatkan keselarasan pelbagai pihak dan peruntukan undang-undang harta berkenaan, maka proses pembangunan tersebut mengambil masa yang agak lama sebelum boleh ditawarkan kepada masyarakat.

Dikhuatiri jika tidak dipastikan betul-betul, waris kepada klien boleh berhadapan dengan masalah semasa proses turunmilik kelak.

Wasiyyah Shoppe tidak mengambil jalan singkat dengan hanya menempel perkataan ‘hibah’ dalam dokumen semata-mata dan terus mendakwa ia sudah lengkap sebagai satu dokumen hibah. Aspek pematuhan dan kelancaran turunmilik kepada nama penerima hibah tidak diambil ringan.  

 

Cabaran Yang Dihadapi

Pihak syarikat mengambil masa hampir SETAHUN bagi membangunkan produk servis Hibah Akaun CDS ini. Satu tempoh masa yang agak lama, memandangkan Wasiyyah Shoppe telah menghampiri dua dekad dalam hibah dan menawarkan lebih 30+ produk servis pewarisan.

Dengan kepakaran yang sedia ada, mengapakah pihak syarikat masih memerlukan masa yang lama untuk melancarkan produk servis Hibah Akaun CDS ini?

Apakah beza hibah akaun CDS dengan hibah hartanah?

Beza dengan Hibah kenderaan?

Atau Hibah Tabung Haji?

Mengapakah Wasiyyah Shoppe tidak menggunakan ‘template’ hibah yang sama sahaja, dan diubah suai sedikit?

Mungkin itu persoalan yang bermain di fikiran anda. Jawapannya adalah kerana…

 

Lain Harta, Lain Akta Yang Mengawal Selia

Untuk memastikan dokumen hibah CDS yang dikeluarkan dapat berkuatkuasa, ia perlu patuh kepada:

  • Hukum syara’ – Pandangan dari pelbagai kitab ulamak muktabar seluruh dunia
  • Undang-undang syariah dan sivil – enakmen dan akta berkenaan; rujukan kes-kes terdahulu
  • Akta Industri Sekuriti ( Central Depository System ) 1996

 

Ia tidak semudah sekadar memenuhi rukun dan syarat hibah sahaja seperti yang disangkakan oleh ramai pihak. Proses pembangunan hibah CDS melibatkan:

  • Pihak berotoriti yang mengawal selia akaun saham CDS
  • Pakar undang-undang syariah
  • Peguam sivil
  • Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad.

 

Hanya Akaun CDS Islamik Diterima

Wasiyyah Shoppe hanya menawarkan servis perancangan pewarisan bagi harta yang patuh Syariah sahaja. Oleh sedemikian, hanya akaun CDS Islamik sahaja yang boleh dihibahkan. Akaun CDS Konvensional tidak diterima.

Pematuhan syariah bagi syarikat-syarikat yang tersenarai dalam akaun CDS Islamik dikawal selia oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Terdapat 16 broker yang menawarkan akaun CDS Islamik di Malaysia.

 

Penerima Hibah Akaun CDS

Anda bebas untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai penerima hibah – samada suami, isteri, anak-anak, anak angkat, adik-beradik atau kepada mana-mana orang sekalipun.

Sekiranya penghibah berhasrat untuk menghibahkan akaun CDS kepada penerima bawah umur 18 tahun atau tidak waras akal fikiran, anda boleh melantik Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai pemegang amanah bagi menguruskan manfaat akaun pelaburan CDS tersebut bagi pihak penerima berkenaan.

Pelabur juga boleh menginfakkan sebahagian dari manfaat akaun pelaburan CDS.

Sebagai syarikat amanah berlesen yang berpengalaman, Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai kapasiti undang-undang dan kemahiran untuk bertindak seperti apa yang diingini oleh pelabur CDS.

 

Nak buat Hibah dan rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This