Masalah tanah pusaka tidak diurus memang banyak berlaku di Malaysia. Tanah pusaka masih nama arwah setelah sekian lama. Ini berlaku disebabkan prosedur tuntutan pusaka tidak dimulakan atau tergantung sekerat jalan bagi membolehkan nama hak milik tanah itu ditukar kepada nama waris yang berhak.
Tanah atau rumah pusaka tidak diurus membentuk sebahagian besar harta beku yang kini telah mencecah lebih RM70 bilion. Majoriti tanah terbeku tersebut adalah warisan pemilik orang beragama Islam.
Alangkah ruginya waris dan umat Islam keseluruhannya kerana tidak dapat memanfaatkan harta itu. Harta yang beku akan kekal ‘milik’ arwah selagimana ia tidak ditadbir pusaka mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Yang membimbangkan ada pula dalam kalangan waris yang mengambil kesempatan menggunakan tanah pusaka tersebut untuk ‘manfaat’ dirinya tanpa mendapatkan redha dan izin waris lain.
Tanpa disedari, dia telah mengambil hak waris lain, dan memakan harta batil.
Kaedah Tukar Nama Tanah Pusaka Kepada Waris
Apabila matinya anak Adam, semua harta yang dimiliki semasa hidup akan berpindah hak kepada yang masih hidup. Harta tidak dibawa masuk ke dalam kubur di samping jasad arwah.
Secara teknikalnya, segala aset kebendaan yang ditinggalkan oleh arwah telah berubah status dari harta kepada pusaka. Ada hukum tersendiri bagaimana pusaka itu perlu diuruskan dan diagihkan.
Harta pusaka itu mestilah dibelanjakan terlebih dahulu untuk membayar kos pengkebumian, penyelesaian hutang arwah, harta sepencarian jika dituntut, wasiat 1/3 kepada bukan waris, dan akhirnya jika masih berbaki barulah dibahagikan kepada para waris Faraid.
Bagi harta-harta alih dan tak alih yang berdaftar, proses tuntutan pusaka mestilah dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang.
Selagimana pusaka arwah tidak diurus tadbir sehingga selesai, harta tersebut akan terus kekal berdaftar di bawah nama arwah.
Waris tidak dapat beroleh manfaat dari harta tersebut. Sebab itu ia dinamakan harta beku.
Melantik Pentadbir Pusaka
Proses pertama ialah melantik pentadbir pusaka bagi mewakili waris-waris yang lain bagi menjalankan prosedur tuntutan pusaka arwah.
Pentadbir pusaka boleh dilantik dalam kalangan waris, syarikat amanah atau peguam.
Pentadbir pusaka yang dilantik haruslah memfailkan tuntutan pusaka di Pusaka Kecil, Mahkamah Tinggi Sivil atau Amanah Raya dan melalui prosedur bicara pusaka bagi men’cair’kan harta tersebut.
Bagi arwah yang telah membuat dokumen perlantikan wasi/pentadbir semasa hidupnya, ia dinamakan pusaka berwasiat.
Urusan waris banyak dipermudahkan kerana prosedur pusaka berwasiat lebih pendek dan teratur.
Arwah telahpun melantik siapa yang akan diamanahkan untuk menjadi pentadbir pusakanya, maka tidak perlu lagi para waris menolak individu sana sini untuk melaksanakan tugas-tugas pentadbir.
Bagi arwah yang telah melantik syarikat amanah (bukan individu atau waris) sebagai pentadbir, maka lebih lebih mudah lagi urusan waris kerana ia diuruskan oleh pakar bidang.
Ditambah lagi apabila kos pengurusan pusaka tersebut pun tidak perlu dikeluarkan oleh waris apabila arwah telah mengambil plan al-Wasitah dari Wasiyyah Shoppe.
Di sinilah peri pentingnya kesedaran merancang pewarisan harta.
Namun bagi arwah yang tidak membuat sebarang wasiat melantik pentadbir, maka para waris mestilah bersepakat melantik individu atau mengambil khidmat syarikat amanah atau peguam bagi menjadi pentadbir pusaka.
Bagi kes pusaka tidak berwasiat, jalannya lebih panjang berbanding pusaka berwasiat.
Bersegera Uruskan Pusaka
Urusan pusaka sepatutnya disegerakan secepat mungkin, bukan menunggu lama. Lebih baik lagi perbincangan awal dibuat seusai pengkebumian sewaktu waris-waris telahpun berkumpul.
Sebelum memulakan prosedur tuntutan pusaka, perlu dikenalpasti waris-waris Faraid yang berhak dan bahagian hak setiap dari mereka.
Bagi tanah pusaka datuk moyang yang telah meninggal dunia berpuluh tahun dahulu, berkemungkinan ada dalam kalangan waris asal kepada datuk moyang itu yang telah juga meninggal dunia.
Hak Faraid mereka tidak luput, tetapi diturunkan kepada waris-warisnya pula. Inilah yang dikatakan kes pusaka berlapis.
Semakin ramai waris yang telah meninggal dunia, semakin berlapis kes pusaka tersebut. Kesannya, semakin sukar untuk diurus kerana pentadbir pusaka yang dilantik perlu mendapatkan kerjasama dari SETIAP waris-waris tersebut.
Jika ada dalam kalangan waris yang enggan memberi kerjasama atau tidak ‘masuk campur’, maka prosedur tuntutan pusaka itu akan tergantung.
Lebih ramai waris yang berhak, lebih pelbagai karenah yang perlu ditempuh.
Pengajarannya.. mulakanlah urusan pentadbiran pusaka sesegera yang boleh.
Jangan ditangguhkan.
Dapatkan Khidmat Pakar
Mengendalikan pentadbiran pusaka memerlukan pengetahuan, masa dan tenaga.
Anda boleh mendapatkan maklumat teori perlaksanaannya secara percuma atas talian. Tetapi apabila nak dibuat sendiri, akan datang cabaran yang tidak dijangka.
Apabila pentadbir dalam kalangan waris tidak dapat lagi bersabar dengan cabaran mendatang, dia akan mula bertangguh.
Tanpa disedari, pengurusan pusaka arwah tak selesai-selesai sehingga ke peringkat cucu cicit.
Sebab itulah…
sebaiknya jika tidak berpengalaman, boleh dapatkan nasihat dan khidmat profesional berbayar dari syarikat amanah atau peguam yang dapat mempercepatkan pemerolehan harta pusaka.
Jika ada kesukaran dari kalangan waris untuk melaksanakan urusan ini, kami di Wasiyyah Shoppe ada pasukan khas yang boleh membantu dan menyediakan servis membantu pentadbiran pusaka, dengan caj servis yang berpatutan.
Hubungi saya, Ansari 019-749 8210 untuk mendapatkan khidmat urus pusaka dari Wasiyyah Shoppe
- Kesan Kematian Rakan Kongsi Dalam Perniagaan Perkongsian - October 1, 2024
- SC Perkenal Insentif Cukai Sifar Peratus Dari Pelaburan ‘Family Office’ - September 24, 2024
- Jaminan Kepentingan Pelanggan Setelah Bank Henti Operasi di Malaysia - August 5, 2024
assalam…saya nak buat pertanyaan boleh ke
Wslm wbt. Ya
Assalam
Sy nurul blh ke sy nk tanya sikit berkenaan harta peninggalan arwah abah sy rumah yg arwah beli hendak ditukarkan kpd nama anaknya dah hampir 10 tahun arwah meninggal tetapi proses pertukaran nama belum lagi dibuat..apa yg perlu dilakukan ye
Wslm wbt
Mulakan urus pusaka arwah. Boleh urus sendiri atau ambil servis syarikat untuk membantu
Assalam.. kos untuk tukar nama tanah pusaka berapa ye tuan
Wslm wbt.
Kos bergantung kepada complexity kes, berapa lapis waris, di mana harta, jenis, nilai etc. Boleh PM saya
Assalamualaikum.. sy nak bertanya.. arwah ibu menjual harta nya sebelum meninggal dunia,tp.. beliau belum sempat menukar nama tanah tersebut,nenek sy meninggal selepas ibu sy meninggal,dan adk beradik ibu sy semua perempuan,nenek masih ada adik lelaki,dan semua adk beradik ibu belum tahu tanah ibu sudah terjual,adakah tindakan sy sebagai pewaris yg perlu sy buat? Dan 1 lagi soalan,adk beradik sy ada hak keatas harta harta pusaka arwah nenek sy? Sy ada waris lelaki seorang..
boleh saya proses bagi pertukaran nama rumah arwah ayah saya. Saya telah menerima surat kuasa daripada Bhg Pusaka, apa proses seterusnya saya perlu buat
Sekiranya puan klien kami yang ambil servis bantu urus pusaka, ada team yang akan advise.
Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan tanah pusaka yg masih blm di pindah milik Oleh sebab2 yg tertentu…soalan saya seperti berikut:
1) adakah semua waris2 harus bersetuju dgn perlantikkan pentadbir;
2) Jika waris2 melantik pentadbir, adakah tanah pusaka itu a
harus di pindah milik kepada pentadbir; dan
3) cara2 utk mewakafkan tanah pusaka yg masih atas nama simati.
Wslm wbt. Perlu urus pusaka dulu baru penama yang baru boleh wakaf tanah tsb
Assalamualaikum, utl dapatlan perkhidmatan tuan utk uruskan pertukaran nama dari tanah ibu saya yg telah meninggal
Surat kuasa dari pej pesaka kecil telah ada.
Berapa lama akn ambil masa. Nerapa yuran Tuan?
1. Adalah saya lena bayar stem duti utk tukar nama dari ibu saya lepada saya.
2. Berapa yuran Tuan
3. Nerapa lama ambil masa.
4. Tanah ni diPenang.
Wslm wbt,
Sekiranya surat kuasa sudah diperoleh, apa yang menghalang dari meneruskan prosedur sehingga selesai?
Salam tuan saya nak tanya, sekiranya tanah nama arwah telah selesai pindah milik ke atas nama waris dan terdapat waris yang belum cukup umur dan harta tanah tersebut diberi amanah kepada ibu mereka. Jika si ibu mahu jual tanah trsebut untuk kelangsungan anak-anak tersebut. Adakah boleh dijual? Jika boleh apakah prosedurnya? tetapi jika tidak boleh, bolehkan tuan nytakan masalah dan Sebastian. Sekian terima kasih
Wslm wbt.,
Perlu memohon ulang bicara untuk dapatkan perintah jualan dari mahkamah. Semua waris perlu bersetuju. Bagi waris bawah umur, perlu justifikasi bagaimana kebajikan dan haknya akan terpelihara
Salam.saya ingin buat pertanyaan sedikit.
Arwah mempunyai tanah Tidak tukar Nama.
Mempunyai anak 2 perempuan 1 lelaki.
Anak lelaki Tidak dapat dikesan.pertanyaan saya.
1)Jika si kakak tukar Nama Tanpa pengetahuai adik perempuan 1 lagi.jika berlaku apakah tidakan untuk si adik perempuan tersebut perlu buat untuk tuntut hak dia.
Situasi lain
2)Jika Geran Masih Nama arwah.adik perempuan ingin tuntut Di pusaka.dan si kakak Tidak mahu buat tukar Nama Kerana dia mahu semua tanah tersebut.apa tindakan si adik perempuan perlu buat untuk tuntut hak dia.
Jika perlu pihak pengurusan berapa Kos angaran.
Terima kasih
Wslm wbt,
Semua waris berhak terhadap tanah tersebut mengikut hukum Faraid. Ada bahagian masing2. Termasuklah anak lelaki yg tidak dapat dikesan, perlu diusahakan pencarian dan dapatkan pengisytiharan anggapan kematian di mahkamah jika cukup syarat2. Barulah boleh ditadbir pusaka.
Assalamualaikum, sy nk tnya satu soalan , sblm ni harta pusaka milik ayah tlh di faraidkan kpd semua anak2 dan isteri , tetapi soalan sy skrg adalah boleh tak kami sbg anak nk tukar balik nama kpd mak seorang shj..
terima ksh.
Wslm wbt.
Jika prosedur tuntutan pusaka dah selesai dan geran dah bertukar nama kepada waris2 faraid, maka masing2 boleh buat pindahmilik kepada nama mak.
Assalamualaikum Wbt.Sy ingin bertanya 2 soalan kpd encik.Arwah bapa saudara meninggalkan seorang balu tiada anak.Setelah beberapa tahun geran nama belum ditukar penama.Soalan saya bolehkah ibu saudara saya membuat pertukaran nama kepada nama dia.Sebab rumah itu adalah harta pencarian semasa arwah hidup bersamanya.Soalan kedua waris² sebelah arwah bapa saudara saya menuntut hak² mereka kepada mak cik saya.Apa perlu mak cik saya lakukan sekarang mak cik saya tiada lain untuk dia berteduh.
Wslm wbt.,
Rumah dah jadi pusaka. Jadi hakmilik waris2 Faraid arwah, yang tentunya bukan balu seorang sahaja kerana isteri bukan waris asobah.
Perlu diurus pusaka sehingga selesai untuk diwariskan kepada waris2 yang berhak. Sebelum tu perlu kenalpasti dahulu siapa waris2 faraid arwah, ada kemungkinan adik beradiknya berhak.
Sebab itu saya tekankan perlunya buat hibah harta semasa hidup. Terutamanya bagi golongan kritikal seperti pasangan suami isteri tiada anak. Dan juga harta seperti rumah.
salam. ingin bertanya brpkah harga bayaran sekiranya saya melantik tuan untuk menguruskan melantik pentadbir pusaka arwah dan menguruskan penjualan harta tersebut. tk
Wslm wbt.,
Kos bergantung kepada jenis dan nilai harta, di mana pusaka diuruskan, struktur waris dan sebagainya. Sila puan Whatsapp saya 019-749 8210 untuk discuss
Geran tanah hilang….dimana saya boleh mendapatkan semula geran tanah.
Assalammualaikum Tuan…
Saya Puan Elfy ingin bertanya tentang pertukaran hak milik rumah pusaka. Ayahanda saya telah meninggal pada tahun 2019 namun sehingga kini nama rumah hak pemilik masih kekal. Arwah ayahanda saya telah berkahwin lain. Kami ada 5 org adik-beradik. 2 perempuan 3 lelaki. Semua dah berkahwin cuma adik lelaki seorg ajer blm lagi. Kini tnggal di luar negara. Pendekkan cerita bagaimana utk menyelesaikan perkara ini.
Wslm wbt Puan Elfy,
Perlu ditadbir pusaka arwah segera.
Assalamualaikum w.b.t sy ingin bertanya. Arwah Ayah telah meninggal tahun 2015, Ayah tinggal tanah tp byk penama sbb tanah tersebut adalah Hibah yg Ayah dpt dr Arwah nenek angkat dlm keluasan tertentu. Arwah Ayah telah bina rumah ditanah tsbt. Kami adik beradik ada 3 org, 1 lelaki dan 2 perempuan dan ibu masih ada. Bolehkah proses pewarisan dibuat? Sy anak lelaki tapi sy tak nak hak sy. Kalau penerima faraid cuma dlm lingkungan ibu, sy anak lelaki dan 2 adik perempuan sy, sy rancang lepas pembahagian faraid sy nak dptkan persetujuan semua utk hibahkan atas nama adik perempuan yg bongsu. Bolehkah proses yg sy sebut ini dibuat? Tanah arwah Ayah ada byk penama dlm kalangan saudara-mara yg lain tp kwsn ayah buat rumah tu ikut ukuran keluasan hak dia.
Wslm wbt.,
Jika nama arwah ayah ada dalam geran tersebut, perlu mulakan urusan pentadbiran pusaka. Tuan nak lepaskan hak pun semasa dalam proses tersebut. Boleh PM sy terus untuk ambil servis kami untuk bantu uruskan pencairan pusaka arwah ayah
Aslmkm,sy ada pertanyaan mohon pencerahan
Saya ada geran tanah yang ada 1 nama (mak saudara) yang telah meninggal lama lebih kurang 60 tahun dan tidak pernah berkahwin serta doc berkaitan semua tak ada bagaimana cara utk sy mengambil kuasa dari penama tersebut utk di tukar ke nama sy
Wslm wbt,
Perlu ditadbir pusaka. Tanah itu milik waris-waris Faraid. Jika waris dah berlapis, akan jadi complicated. Perlu dapatkan kerjasama dengan kesemua waris yang berhak.
Assalamualaikum.. Sy ingin bertanya.. Sy duduk Di johor, Tanah pusaka arwah ayah Di melaka, Dan masih lagi atas nama arwah.. Soalan sy, boleh kah urusan Di buat Di johor? Apa step pertama Dan seterusnya untuk menguruskn nya?
Wslm wbt. Perlu diurus di Melaka
Assalam,
Saya ingin bertanya, arwah ayah telah lama meninggal pada tahun 1998 dan meninggalkan sebuah apartment kos rendah.
Urusan harta simati (boleh alih dan tidak boleh alih) telah diuruskan oleh pihak Amanah Raya di mana surat perintah bagi pentadbir yang baru iaitu mak saya bagi apartment tersebut juga telah dikeluarkan. Geran asal masih belum dituntut dan ditukar nama.
Kini apartment tersebut yang telah selesai dibayar oleh insurans hendak dijual kepada pembeli yang ingin membeli secara cash.
Persoalan saya:
1. Bagaimanakah urusan penjualan boleh dilakukan memandangkan geran asal masih nama arwah?
2. Adakah pentadbir baru (mak saya) perlu menuntut geran terlebih dahulu dan menukarnya ke atas namanya di pejabat tanah?
3. Boleh ke jika pertukaran nama geran dibuat terus kepada nama pembeli?
4. Bagi pembahagian harta pusaka pula, mak saya hanya ingin membahagikan hasil jualan apartment mengikut faraid kepada anak-anak
5. Mohon bantuan dan nasihat dalam menunjukkan cara mana yang terbaik, mudah dan kurang kos bagi urusan penjualan apartment tersebut
Terima kasih
Wslm wbt. puan,
Pentadbir perlu memohon ulang bicara sehingga memperoleh perintah pembahagian.
Secara etikanya, keluarga puan telahpun mengambil servis Amanah Raya untuk menguruskan pusaka. Maka sewajarnya persoalan terperinci dirujuk kepada institusi tersebut.
assalamualaikum . saya ingin betanya kann satu soalan . arwah ayah ada meninggal rumah . baru baru ini ada melakukan petukaran nama kepada adik beradik saya . iaitu anak kepada si mati . keluarga saya ada 10 orang . tapi masa penukaran nama di buat . hanya 5 dari ahli keluarga sahaja yang hadir . bukan ke semua perlu hadir untuk urusan tukar nama ?
Wslm wbt.,
Bagi yang tak dapat hadir bicara, boleh diwakili dengan sign borang.
Assalamualaikum sy nak tanya.. bekas arwah mak mertua sy ada menbeli tanah di sungai besar Selangor.tanah tersebut adalah di wariskan untuk anak saya..apa langkah pertama yg perlu saya buat..
Wslm wbt,
Diwariskan macam mana? Hibah? Wasiat? Pindahmilik?
Tanah tu di beli masa ank sy masih kecil..skrg ank dh 21 tahun..arwah mak mertua dh 2 tahun meninggal..kira nya nk pindah milik kepada ank sy
Jika tiada wasiat atau hibah dibuat semasa hidup, tanah itu dibahagi kepada waris-waris Faraid. Terpulang kepada waris-waris untuk serahkan kepada anak atau tidak. Macam mana pun, perlu mulakan filing tuntutan pusaka. Jika tidak mahir, boleh ambil servis syarikat kami
Assalamualaikum tuan.. Nak tya sy ada beli rumah bersama arwah mak..nama sy nama ke 2.. Kini arwah mak da mninggal..dipendekkn cerita umah tu msh still sy kena byr mcm biasa stiap bln disbb kn sy nama ke 2…sy ada 1 mslh, abg no. 1 sibuk sgt nk tukar nama rumah tu .. Sdgkn sejak beli uma tersebut mmg x pnh ambil tahu apa2 pun..hya sya dan arwah mak jela uruskn semua.. Jd skrg mcm mne ye tuan..bole ke dia msk cmpr atas rumah tersebut..?
Wslm wbt.,
1/2 rumah, iaitu bahagian arwah mak dah jadi pusaka, dan menjadi hakmilik waris faraid mak. Abang adalah salah seorang waris faraid mak yang ada hak ke atas rumah itu.
Ambil pengajaran, rancang pewarisan harta semasa masih hidup untuk keluarga sendiri.
Salam. nak tnya, satu geran ada 9org penama adikbradik, termasuk arwah ibu saya.
1. adakah adikbradik ibu saya boleh potong nama ibu saya dlm geran? cth, jual ataupun ganti dgn waris lain bkn dr anak ibu saya.
2. bolehkah salah seorang dari kami anak kandung ganti kan nama arwah ibu di geran? mcm mna caranya? kami ada 4org perempuan seorang lelaki.
salam..
saya juga ingin bertanya
Arwah mak telah menukarkan nama geran tanah kepada nama saya (anak perempuan) ketika masih hidup dan tiada perjanjian bertulis mengenai proses pembelian. Geran tersebut ada 3 nama adik beradik.
Setelah arwah mak meninggal, bolehkah adik beradik lain yang tiada nama dalam geran menuntut pusaka / mencabar urusan tersebut?
Wslm wbt,
Hakmilik tanah mengikut nama yang tertera di geran dan rekod di pejabat tanah.
Assalam,
Nak bertanya sikit…arwah bapa sy meninggal dunia tahun lps (2021)…Semasa hidup…arwah ada membuat urusan meletakkan nama anak2nya yg seramai 6 org di dalam lampiran geran tanah, Nama pada geran masih nama arwah..dan ada lampiran pada geran teresebut yg tertera nama anak2 dan arwah sebagai Pemegang Amanah ketika itu. Selepas selesai urusan meletakkan nama2 kami…arwah ayah telah berkahwin lain.
Kami sedang dlm proses utk menukar dan meletakkan nama kami (anak2)di dalam geran tersebut. Cuma agak keliru sebab di dalam Borang A, Seksyen 8..ada dinyatakan bhw nama ibu tiri (balu) perlu diletakkan sama dlm borang permohonan sebut.
Persoalannya :
1) perlu ke nama ibu tiri diletakkan di dalam borang permohonan tsbt sedangkan namanya tiada di dalam Lampairan geran yg sy nyatakan tadi.
2) adakah ibu tiri sy akan dipanggil juga utk mendpat persetujuan..penukaran tersebut sedangkan namanya tiada di dldm Lampiran geran tadi.
Wslm wbt,
Perlu teliti dokumen dahulu. Sila rujuk dengan Pusaka Kecil jika nak uruskan pusaka sendiri.
Assalamualaikum saya nak tanya klu arwah datuk saya sudah meninggal dunia berpuluh tahun Dahulu dan meninggal di Singapore tapi Ank ye x tahu tahun bila boleh ke tukar nama pewaris
Assalam,
Maaf saya nak bertanya pasal geran tanah arwah mak saya . Dalam geran tersebut ada nama keenam adik beradik arwah mak termasuk nama mak . Jadi saya sebagai waris (perempuan) dan saya adalah anak tunggal mak saya . Adakah boleh saya masukkan nama saya didlm geran tersebut sebagai waris ? Atau saya sebagai waris (perempuan ) tiada hak langsung atas tanah ini ?
Wslm wbt,
Sebagai waris mak, maka puan ada hak ke atas harta pusaka arwah mak. Maka puan dan waris2 mak yg lain berhak lah ke atas bahagian tanah tu. Tapi perlu lah diurus pentadbiran pusaka dulu. Kalau waris semua sepakat dan nak ambil perkhidmatan kami, boleh PM
Assalamualaikum tuan..sy nak bertanya sedikit..arwah mak saya baru meninggal..ada meninggal kan beberapa tanah pusaka dan salah satu tanah pusaka adalah berstatus pertanian ladang getah 1 ekar..tanah getah tersebut berada bersebelahan lot perumahan..jadi saya berhajat nak tukar status pertanian ke bangunan untuk saya buat rumah..jadi apa yang perlu saya buat tuan untuk tukar status tersebut.
Salam.. arwah suami dah jualkan rumahnya dgn perjanjian lisan saja kepada adiknya sblm sempat tukar nama. Saya ada anak bawah umur 9-18 Thn. Saya dah failkan pusaka. Apa perlu buat agar rumah itu boleh ditukar maka adiknya
Wslm wbt.,
Puan dah failkan pusaka kan.. sila rujuk terus dengan pegawai pusaka. On record, rumah tu harta pusaka arwah suami, sebab tiada rekod transaksi jualbeli. Dan anak bawah umur tak berkelayakan untuk melepaskan hak faraid mereka kepada adik arwah.
Lesson learnt untuk puan dan pembaca lain, hal-hal melibatkan legal transaction buatlah cara yang sepatutnya, termasuklah urusan hibah harta. Arwah suami mungkin ada sebabnya sendiri kenapa tidak engage peguam untuk buat perjanjian bertulis. Saya tidak ingin menyentuh itu.
Tetapi secara umumnya, jika sebabnya adalah kerana nak menjimatkan wang, most probably its not worth the trouble.
Assalamualaikum Tuan,
Sy ingin memulakan permohonan Sijil Faraid untuk harta arwah mak tetapi didapati terdapat 1 tanah yang gerannya tiada dalam simpanan kerana ramai penama dan bahagian arwah mak adalah sedikit (tidak pasti berapa pecahan).
Soalan sy,
1. jika sy sudah menghantar permohonan sijil faraid adakah terhapus hak sy dan adik beradik sy untuk menuntut tanah tersebut?
2. bagaimanakah cara sy boleh meminta maklumat tanah dan geran tersebut tanpa sijil faraid?
Terima kasih.
Wslm wbt,
Permohonan sijil faraid bergantung kepada keperluan sahaja. Tidak semestinya perlu, bergantung kepada case to case basis. Jika tidak mahir, boleh upah pihak kami untuk membantu prosedur
Assalamualaikum Tn…
saya ingin bertanya sekiranya arwah ayah saya ada meninggalkan tanah yang masih namanya…ada yg ada geran dan ada geran kongsi. Ibu saya juga telah meninggal dunia dan meninggalkan tanah yang masih namanya…soalan saya boleh ke sekiranya saya dilantik org adik beradik saya utk mentadbir harta pusaka utk kedua ibubapa saya sekaligus..
Wslm wbt
Pentadbiran pusaka dibuat secara berasingan untuk harta pusaka ibu dan harta pusaka ayah
Assalamu’alaikum Tuan,
sya ingin bertanya tentang tanah pusaka yg telah ditinggalkan oleh arwah bapa.
berikut adalah butir2 yg tuan perlu tahu :
1) adik beradik kami ada 12 org – 8 perempuan 4 lelaki
2) anak lelaki >> sulong, ke 7, ke 9 & ke 11
3) anak perempuan >> 2, 3, 4, 5, 6, 8, 10, 12
4) abg sulong telah jatuh sakit & keadaan utk berkomunikasi agak sukar.
Soalannya :
a. boleh kah kami mewakilkan abang kami (anak lelaki kedua /anak ke 7) untuk menguruskan pembahagian tanah pusaka ini?
b. Haruskah orang lain selain kami adik beradik menguruskan Tanah Pusaka ini? contoh salah seorang ipar kami?
c. Siapakah yang patut melantik peguam syarie? adik beradik atau ipar.?
t/kasih Tuan.
Wslm wbt,
Bergantung kepada di mana pusaka ditadbir. Jika di pusaka kecil, lazimnya yg boleh menjadi pentadbir dalam kalangan waris faraid yang berhak sahaja
Assalamualaikum..
Sy nak tanya boleh ke saya ingin menuntut tanah kepunyaan moyang sy tanpa pewaris yang lain?sebab tanah tu asalnya kepunyaan moyang perempuan sy dan dibahagi2 kn kepada suami baru,anak2 suami baru dan anak2 bekas suami serta bapa kandungnya..jadi persoalan nya boleh ke kita nak tuntut bahagian dari si bapa kandung moyang perempuan sy?
Wslm wbt,
Boleh atau tidak menuntut hak ke atas tanah pusaka bergantung kepada ada atau tidak hak faraid. Itu kena teliti susur galur waris faraid.
Assalamualaikum saya nak tanya klu arwah datuk saya sudah meninggal dunia berpuluh tahun Dahulu dan meninggal di Singapore tapi Ank ye x tahu tahun bila boleh ke tukar nama pewaris
Assalamualaikum Tuan,
Saya ingin bertanyakan tentang tanah pusaka (2ekar) yg ditinggalkan oleh arwah nenek sy.
Butir-butir maklumat :
1. Arwah nenek meninggal dah 20 tahun.
2. Tanah masih lagi nama arwah nenek dan belum ditukar ke pewaris.
3. 7 org adik beradik (4 lelaki, 3 perempuan) sorg dah meninggal (perempuan).
Bagaimana cara utk mbuat proses tukar nama?
Apa langkah yg perlu sy lakukan?
Wslm wbt,
Perlu urus tadbir pusaka. Waris pun dah berlapis bila dah lama tak diurus. Jika tidak tahu bagaimana, eloklah jika ambil servis pihak profesional seperti kami.
Assalamualaikum,
1) Arwah mak dah meninggal dan ada nama bersama dengan abah untuk rumah yg abah duduk sekarang.
2) Abah nak tukar hakmilik rumah tersebut kepada 2 orang anak..1 org anak lelaki dan 1 org anak perempuan.
Untuk bahagian arwah mak perlu urus di pusaka kecil kan..kalau untuk bahagian abah macam mana ya?
Terima kasih tuan
Wslm wbt,
Bagi bahagian orang yang masih hidup, prosedur pindahmilik seperti biasa di pejabat tanah.
Assalamualaikum Admim
Saya ada satu pertanyaan berkenaan tanah arwah abah saya. Tanah tersebut telah dibina sebuah rumah dimana sekarang mak dan adik2 saya tinggal di situ.
Arwah abah meninggalkan seorang isteri , seorang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan.
Untuk makluman, dalam geran tanah ada 4 penama. salah seorang adalah arwah abah saya.
Soalan saya:
Bagaimana untuk saya tukarkan nama arwah abah dalam geran tersebut. Dan nama siapakah yang layak untuk digantikan berada dalam geran tersebut.
Wslm wbt,
Nak tukar penama geran dari nama arwah, perlu lah urus tadbir pusaka arwah. Jika hendak dapatkan servis profesional untuk membantu urus, kami ada sediakan perkhidmatan tersebut.
Jika tiada dibuat hibah, wasiat dsb, maka akan jadi hak waris-waris Faraid untuk bahagian ayah shj (setelah diurus tadbir pusaka). 3 penama asal yang lain masih kekal di situ.
Assalamualaikum, saya ingin membuat pertanyaan, ibubapa saya telah membina rumah atas tanah pusaka org yg masih lagi belum dipindah milik, tapak rumah tersebut dibina atas surat perjanjian antara bapa saya & si penjual…adakah valid perjanjian jual beli dibuat atas kertas & stamping mengatakan rumah dibina tidak blh dituntut 1 hari nanti
arwah abah saya dulu nak tukarkan nama tanah dan rumah kepada nama sy.. tetapi dihalang oleh saudara belah abah.. katanya abah tidak waras.. selepas abah dan umi meninggal.. 4 bidang tanah atas nama abah telah pun dibahagikan oleh bapa saudara.. segala akaun bank pun telah dibahagikan sesama mereka.. cuma yang tinggal tanah yg abah nak tukar nama itu.. sy x tau mcmana nak check status tanah itu.
Salam Tuan,
Saya ingin pencerahan berkenaan 1 situasi (kes muslim). Suami telah meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak (lelaki & perempuan). Beliau juga telah meinggalkan sebuah hartanah (nilai harta bwh RM2 MILL) tanpa sempat menukar nama kepada waris2. waris2 tidak mempunyai sebarang pertikaian berkenaan pembahagian harta. Masalah yang timbul adalah membuat urusan pertukaran nama daripada si mati kepada waris. Hartanah tersebut tidak mempunyai hutang dengan bank, namun, geran individu masih belum dikeluarkan oleh Pemaju memandangkan pemaju telah bankrap.
Persoalannya:-
1) Apakah yang perlu dilakukan untuk membuat pertukaran nama tersebut kepada waris?
2) Perlukah waris membuat apa2 permohonan kepada Mahkamah?
Terima kasih.
Wslm wbt,
Mulakan prosedur tuntutan pusaka, baru boleh ke langkah seterusnya.
Assalamualaikum tuan. Boleh saya bertanya? Soalan nya, saya ada 4 beradik dan kami telah pon faraid rumah pusaka arwah mak kepada nama kami berempat. Selepas selesai urusan di mahkamah kami mahu menuntut geran rumah di sebuah pejabat peguam yg dilantik sekian ni. Tapi pejabat tersebut telah hilangkan geran rumah tersebut dan kami telah menuntut drpd tahun 2013 sampai sekarang geran tak siap2 dan proses tu ambil masa terlalu lama utk pihak pejabat peguam tu selesaikan smpai skrg. Dan skrg mereka minta kami buat report polis utk kali kedua atas alasan geran yg hilang tu. Walaupun bukan kami yg hilangkan geran tersebut. Mcm mana ya tuan proses lain yg ada utk percepatkan urusan geran ini.
Assalamualaikum tuan..apa langkah perlu dibuat untuk tuntutan hak batil dari harta arwah ayah saya ? Yang menjadi isu sekarang ini harta2 macam kereta dan motor telah di ambil oleh kawan arwah ayah saya atas alasan kereta dan motor itu dia yang belikan buat arwah ayah saya tapi harta tersebut memang penama arwah ayah saya.
Assalamualaikum, arwah mak ade beli tanah dari mak angkat. Surat jual beli ada tapi nama tak sempat tukar. Nama tanah masih milik mak angkat. Arwah mak dan mak angkat nya meninggal. Macam mana nak tuntut tanah tersebut?
Waris mak angkat kenal kami dan bole dihubungi. Kami telahpun lakukan tuntutan pusaka arwah mak termasuk tanah tersebut. Apa langkah seterusnya?
1) Ayah kami sebagai pentadbir yg dilantik tuntut ?
2) Waris mak angkat tuntut, tukar nama kpd mereka dan tukar balik kpd kami?
Adakah cara yg lebih sesuai dan tepat? Mohon penceraha, terima kasih
Assalamualaikum. Keluarga saya menetap di tanah pakcik saya iaitu abg kpd ayah saya atas keizinannya. Tahun lepas pakcik saya serta isterinya meninggal dunia. Mereka tidak mempunyai anak. Saya diberitahu tanah pakcik saya itu tiada perjanjian hitam putih dibuat ketika pembahagian tanah antara keluarga bapa mereka dan saudara-maranya.Mereka hanya menyampaikan melalui lisan sahaja. Persoalan saya, bagaimana caranya untuk tukar hak milik tanah tersebut kepada bapa saya atau warisnya?. pemilik tanah semua sudah meninggal.
Wslm wbt,
Waris kepada pemilik tanah perlu mulakan permohonan urus tadbir pusaka. Jika tidak mahir atau tidak tahu cara, boleh consider untuk ambil servis kami bantu urus pusaka
Ayah saya dah meninggal dunia,geran atas nama arwah.anak-anak semua perempuan.boleh ke buat pertukaran hak milik…macammana proses..
Bagi arwah yang ada anak2 perempuan sahaja, akan ada waris2 faraid lain yang juga berhak ke atas harta pusaka arwah. Apa pun perlu mulakan filing urus tadbir pusaka. Jika nak ambil khidmat kami pada caj servis yang berpatutan, boleh Whatsapp saya 019-749 8210
Assalammualaikum.. saya ingin bertanya tentang penukaran harta pusaka. Arwah ibu saya meninggal 20 tahun lepas . Selepas itu ayah saya melantik peguam dan dia telah dapat surat pemegang tadbir. Ayah saya tidak melaui pusaka kecil walaupun nilai harta bawah 2 juta. Persoalan saya.. baru kini saya ditugaskan untuk sambung urusan penukaran ini. apakah langkah yg saya perlu mulakan dahulu? Buat pengetahuan saudara, untuk harta berupa wang tunai ayah saya dah keluarkan lama dahuli menggunakan surat kuasa itu dan kami sbg waris tiada halangan. Tetapi untuk harta seperti rumah dan tanah masih atas nama arwah ibu saya.. boleh bagi panduan apa yg saya perlu lakukan sebab saya tiada langsung ilmu mengenai urisan ini. Terima kasih
Wslm wbt,
Sepertimana ayah saudari ambil peguam untuk dapatkan surat kuasa, boleh Whatsapp saya untuk dapatkan servis kami bagi pencairan rumah dan tanah pusaka.