Sebuah kereta Mercedes Benz ini harganya sama dengan lebih 10 biji kereta Saga! Kalaulah nilai sebuah kereta ialah untuk membawa seorang itu dari point A ke B sahaja, kereta Merc ni memang terlajak mahal. Saga pun boleh membuat fungsi yang sama, pada 10% harga Mercedes.
Bagaimana peminat Merc boleh justify membayar 10x harga untuk mendapatkan fungsi yang sama?
Mercedes memberikan keyakinan tinggi kepada pembelinya. Harganya yang mahal bukan boleh dibeli oleh semua orang. Itu yang menjadikannya antara faktor yang menarik emosi pembeli untuk merasionalkan pembelian kereta mewah seperti Mercedes.
Namun, tarikan emosi sahaja mestilah disokong oleh kualiti. Pastinya ia bukanlah pembelian berbaloi sekiranya kereta mewah itu seringkali rosak. Untuk membangunkan produk yang berkualiti tinggi, penyelidikan RND adalah proses yang penting untuk memastikan kelemahan produk diatasi.
RND juga berfungsi untuk memastikan produk sentiasa kekal releven dengan perubahan. Sepertimana Mercedes, Wasiyyah Shoppe juga mempunyai kumpulan penyelidik yang mengawal selia pembangunan produk servis hibah, perancangan harta dan produk pengurusan tuntutan pusaka.
Fungsi Asas Perlu Jadi Kelebihan Signifikan
Tarikan emosi semata-mata tidak mampu menyokong sesuatu jenama itu bertahan lama. Mercedes Benz bukanlah satu-satunya jenama kereta mewah yang ada. Ada banyak jenama lain yang bersaing untuk mendapatkan pelanggan premium yang berpoket tebal. Maka perlulah ada sebab yang kuat untuk memilih mereka berbanding jenama lain.
Tarikan emosi perlu diperkuatkan dengan justifikasi fungsi asas yang ditawarkan. Fungsi asas sesebuah kereta mewah seperti kerangka yang lebih solid, sistem keselamatan lebih padu, dan keselesaan pemanduan mesti menjadi kelebihan yang signifikan sebagai selling points bagi menarik pelanggan memilih Mercedes Benz.
Bagi produk pewarisan, tanda aras kualiti adalah dari sudut bagaimana produk yang dibangunkan terbukti berkesan merancang dan melaksanakan pembahagian harta kepada waris tertentu, tanpa masalah.
Peranan Penyelidikan RND Dalam Membangunkan Produk
Produk berkualiti dibangunkan menerusi penyelidikan RND – sentiasa mencari kelemahan untuk diperbaiki dengan menjalankan ujian dan menyelidiki kaedah inovasi untuk menjadikannya lebih baik.
Proses ini penting dalam pembangunan produk. Barisan penyelidik yang terlibat mestilah diambil daripada kalangan pakar bidang yang sangat mahir sebelum boleh diberikan kepercayaan untuk melakukan inovasi. Sudah tentu, kos penyelidikan pastilah signifikan dan memakan belanja yang besar.
RND dalam Produk Servis Wasiyyah Shoppe
Saya bukanlah pakar kereta. Panjang lebar tentang Mercedes Benz tujuannya untuk menarik perhatian anda tentang pentingnya RND untuk membangunkan produk dan mencipta inovasi serta pembaikan. Setiap produk perlukan pembaharuan dan inovasi untuk kekal releven dengan perubahan citarasa pelanggan, keperluan mahupun undang-undang.
Sepertimana RND kereta, produk servis seperti penyediaan dokumen hibah pun perlu dijalankan secara berterusan.
Ini kerana undang-undang tidak bersifat statik. Ada sahaja perubahan akta dan enakmen dari semasa ke semasa yang akibatnya akan memberi efek kepada dokumen pewarisan yang telah dibuat. Kekadang boleh menyukarkan, yang ditakutkan boleh menyebabkan arahan dokumen tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana dokumen itu tidak disahkan dan ditolak oleh hakim.
Tafsiran hakim terhadap sesuatu isu juga boleh berubah. Hakim juga manusia.
Penyelidikan RND Wasiyyah Shoppe tidaklah mekanikal seperti kereta, tetapi kos yang terlibat tetap tinggi. Wasiyyah Shoppe membayar kos intellectual mind pakar yang berpengalaman luas, panel penyelidikan terdiri daripada bekas hakim rayuan syariah, pegawai kanan pusaka kecil dan ustaz ustazah yang khusus dalam hibah dan Pewarisan.
Bajet besar untuk penyelidikan bukanlah sesuatu yang norma dalam industri pewarisan.
Ada satu kes ‘popular’ di mana ibubapa meninggal dalam kemalangan, meninggalkan beberapa orang anak bawah umur. Semasa hidup, mereka sempat membuat wasiat dengan salah sebuah syarikat pewarisan yang besar juga. Tetapi malangnya wasiat itu telah ditolak oleh hakim. Anak mereka yang akhirnya terkesan kerana saya percaya kandungan wasiat itu ditujukan untuk kebajikan anak.
Anda yang sudah arif pasti memberi hujah… Itu wasiat kepada waris, memanglah. Persoalannya, mengapakah syarikat besar yang menyediakan wasiat itu tetap menggunakan dokumen itu yang fungsinya sebagai pesanan sahaja apabila ditujukan kepada waris?
Walaupun RND Mahal, Ia Penting
Ada yang mengatakan hibah Wasiyyah Shoppe ini mahal, complicated, tidak reasonable dan sebagainya. Sepertimana yang telah dinyatakan, sebahagian besar kos digunakan untuk menanggung kos penyelidikan RND. Pada masa yang sama, RND ini tidak boleh ditinggalkan, kerana berperanan penting untuk memastikan perlaksanaan dokumen yang dibuat tidak bermasalah.
Tanpa RND, tidak mungkin Wasiyyah Shoppe boleh melalui lebih 300 kes pengesahan hibah tanpa satu pun yang ditolak hakim.
Dokumen hibah bukannya tangible item seperti kereta. Memandu boleh kita rasa terus perbezaannya. ‘Instant Gratification’, mengikut Mercedes dalam gambar.
Manfaat mengambil produk Wasiyyah Shoppe pelanggan sukar untuk nampak sekarang. Waris pelanggan yang akan merasai kesannya.
Dan akibatnya kalau memilih produk yang salah dan syarikat penyedia dokumen yang tidak berpengalaman.
- Hibah Solusi Bagi Muallaf Wariskan Harta Kepada Keluarga Bukan Islam - November 11, 2024
- Old Money: Warisan Kekayaan dan Pewarisan Harta dari Generasi ke Generasi - November 10, 2024
- Takaful untuk Langsai Hutang: Pilih Agihan Secara Hibah atau Wasi? - November 6, 2024