sekaaya banyak menerima persoalan tentang kos penyediaan Hibah terutamanya kos hibah rumah dalam pinjaman

Pastinya semua orang tidak mahu membayar harga yang tinggi. Saya pun sama juga.

Namun bagi menghasilkan produk yang berkualiti yang berkesan kepada klien dan waris-waris, pelbagai kos perlu dilaburkan. Mungkin anda tidak begitu jelas apakah kos-kos yang terlibat, bagi produk servis seperti penyediaan dokumen hibah. 

Antara aspek kos penghasilan yang banyak dilaburkan oleh Wasiyyah Shoppe meliputi kos penyelidikan, panel penasihat dan pakar, kos pembangunan produk dan sebagainya. Kami berbeza dengan syarikat pusaka atau peguam yang lain.

Pucuk pangkalnya, matlamat Wasiyyah Shoppe ialah untuk memastikan penerima hibah akan mendapat harta yang dihibahkan oleh klien.

Dokumen Hibah Adalah Dokumen Legal

Dokumen hibah adalah dokumen legal yang menuruti undang-undang. Maka penyediaan dokumen hibah mestilah menepati enakmen atau akta yang dirujuk.

Jika ada waris yang meragui dan mempertikaikan dakwaan harta tersebut telahpun dihibahkan, maka dokumen Hibah itulah yang menjadi bukti utama bagi mempertahankan hak penerima.

Jika LEMAH buktinya, maka lebih TINGGI kebarangkalian hibah itu TERBATAL. 

Sekadar pernyataan “saya Hibahkan harta ini kepada A..” sahaja belum cukup untuk mensabitkan ia sah. Pelbagai aspek rukun dan syarat Hibah lain yang juga wajib dipatuhi.

Bagaimana nak pastikan?

Pengetahuan teknikal, kemahiran dan pengalaman memenangi ratusan kes pengesahan hibah di Mahkamah Syariah adalah antara perkara yang membezakan kualiti perkhidmatan Wasiyyah Shoppe dengan syarikat penyedia yang lain.

Kos Penyediaan Dokumen Hibah Wasiyyah Shoppe

Kos penyediaan dokumen Hibah oleh Wasiyyah Shoppe bermula dari RM1,600

Harga yang berpatutan, bersesuaian dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Anda boleh dapatkan perkhidmatan penyediaan dokumen hibah yang yang lebih rendah kosnya. Ada juga kos yang lebih tinggi.

Apa yang membezakan perkhidmatan antara syarikat-syarikat berkenaan?

Berapa Banyak Kes Perintah Pengesahan Hibah Diperolehi?

Dalam anda mencari servis penyediaan deklarasi hibah pada kos yang berpatutan, pastinya anda juga hendak memastikan ia lebih terjamin untuk terlaksana.

Anda boleh memilih untuk menulis sendiri dokumen Hibah, merujuk template di carian Google, merujuk peguam, pesuruhjaya sumpah atau syarikat pusaka.

Pilihan anda itu akan menentukan keutuhan dokumen hibah yang disediakan. Kerana akhirnya, penerima yang akan menanggung kesannya sekiranya hibah yang disediakan itu terbatal.

Apabila hibah rumah dibatalkan oleh Hakim, maka rumah itu tidak menjadi hak mutlak penerima hibah. Tetapi hak ke atas rumah akan dibahagi-bahagikan kepada waris-waris Faraid arwah mengikut bahagian yang telah ditentukan mengikut hukum Faraid.

Antara perbandingan yang boleh dibuat ialah dengan mengesahkan adakah penyedia perkhidmatan berpengalaman luas mendapatkan Perintah Pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah.

Lebih banyak pengalaman dilalui, maka boleh dijangkakan lebih banyak mereka memahami pelbagai sudut penghujahan dan angle untuk menyediakan dokumen hibah yang berkesan.

Kos Perlaksanaan Hibah

Perlaksanaan Hibah berkait dengan proses turunmilik harta yang dihibahkan kepada nama penerima setelah pemberi Hibah meninggal dunia.

Harta yang dihibah diurus sekali dengan harta-harta pusaka arwah yang lainnya semasa prosedur tuntutan pusaka dijalankan oleh pentadbir harta pusaka.

Wasiyyah Shoppe tidak mewajibkan klien melantik syarikat sebagai pentadbir harta yang boleh mengakibatkan kos yang tinggi yang terpaksa ditanggung oleh waris.

Waris boleh menguruskan prosedur sendiri atau menerusi plan pengurusan pusaka al-Wasitah  yang diambil semasa hidup, Wasiyyah Shoppe akan membantu bagi memudahkan serta mencepatkan proses tuntutan pusaka.

Perbandingan Kos Hibah Dengan Syarikat Lain

Bagi yang nak membandingkan kos Hibah Wasiyyah Shoppe dengan syarikat lain ataupun firma peguam, terus terang saya kata, ianya tidak mudah.

Anda perlu fahami teknikal perundangan dan proses perlaksanaan Hibah dan pusaka. Jika tidak, perbandingan yang dibuat tidak menyeluruh kerana fokus perbandingan hanya tertumpu kepada apa yang dibayar sekarang.

Sedangkan ada syarikat yang mengenakan majoriti kos yang sangat tinggi semasa perlaksanaan pindahmilik selepas meninggal dunia.

Kaedah yang diguna pakai oleh syarikat berlainan ada implikasi masing-masing dari segi duti setem yang dikenakan apabila pindahmilik dibuat, hak milik harta setelah dokumen Hibah itu dimeterai, serta perbezaan kaedah perundangan samada Sivil atau Syariah yang digunapakai.

Hibah berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, dan itulah instrumen yang Wasiyyah Shoppe gunapakai. Sebarang pertikaian diselesaikan di mahkamah berkenaan.

Terdapat syarikat yang membuat ‘hibah’, tetapi instrumen yang digunapakai adalah instrumen Mahkamah Sivil.

 

Reputasi Wasiyyah Shoppe

Objektif syarikat ialah untuk memastikan dokumen Hibah yang disediakan laku dan tiada masalah untuk disahkan di Mahkamah Syariah sekiranya dicabar.

Di samping itu, dokumen yang disediakan sentiasa dipastikan menepati garis panduan hukum Syariah dan tidak bercanggah dengan undang-undang sivil dan syariah negara kita.

Untuk mencapai tahap itu, kertas kerja penyelidikan berkaitan Hibah Harta Bercagar telah terhasil melalui geran yang diberikan kepada universiti tempatan.

Kertas kerja ini menilai secara komprehensif dan menyeluruh mengenai isu berkaitan hibah bersyarat dan hibah harta yang masih dalam pinjaman.

Jika anda sudah survey, hampir kesemua syarikat pusaka hanya menyediakan hibah untuk harta yang sudah habis dibayar sahaja. Wasiyyah Shoppe terkecuali.

hibah rumah bercagar

 

Wasiyyah Shoppe juga melantik panel Syariah berkaliber bagi memastikan perkhidmatan sentiasa selari dengan perubahan undang-undang negara yang disertai juga oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

 

panel syariah wasiyyah shoppe

 

 

Jom Buat Hibah Dengan Wasiyyah Shoppe

Setelah berbelas tahun dalam perkhidmatan Hibah, Wasiat dan Pusaka, Wasiyyah Shoppe adalah pengeluar dokumentasi Hibah terbanyak di Malaysia

Dengan rekod lebih 300 kes pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah, Wasiyyah Shoppe adalah syarikat yang paling terkehadapan.

Untuk mendaftar penyediaan Hibah, boleh Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 sekarang!

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This