Walaupun terma Hibah semakin meluas diterima dalam perbualan masyarakat, namun tidak kurang ramai lagi yang masih keliru tentang apa yang dimaksudkan dengan Hibah dan kaedah perlaksanaannya dari sudut pewarisan harta. 

Merancang pewarisan harta ini kita kaitkan dengan merancang bagaimana dan kepada siapa harta tertentu akan diwariskan dan diserahkan SELEPAS MATI.  Sedangkan hibah adalah pemberian hadiah yang diserahkan SEMASA HIDUP.

Ya, mudah untuk jadi keliru.

Pewarisan harta dengan menggunakan instrumen hibah boleh diSALAH ERTI bahawa boleh membuat Hibah yang terlaksana hanya setelah pemberi hibah meninggal dunia — selagimana pemberi masih hidup, hibah itu belum berkuatkuasa. 

Adakah benar kefahaman itu, dan dibolehkan hibah harta selepas mati?

 

Hibah Hanya Semasa Hidup

Perbezaan ketara antara Hibah dan Wasiat adalah waktu bilamana pewarisan atau pemberian harta itu terlaksana.

Hibah dan Wasiat kedua-duanya dibuat semasa pemilik harta masih hidup. Tetapi kandungan wasiat hanya efektif dan terlaksana setelah pemilik harta berkenaan meninggal dunia. 

Berbeza dengan Hibah yang mana ia adalah pemberian harta yang terlaksana semasa pemilik harta masih hidup lagi. 

TIDAK WUJUD Hibah harta selepas mati. Malah ia bertentangan dengan maksud hibah.

Bahkan sekiranya pemberian hibah itu dikaitkan dengan pemberian ‘selepas mati’, kemungkinan besar ia tidak menjadi hibah. Tetapi menjadi wasiat dan pemberian itu berpandukan kepada hukum wasiat.

 

Ada Hibah Yang Dikaitkan Dengan Mati?

Jawapannya begini..

Hibah yang dibuat memang terlaksana semasa hidup, selari dengan tuntutan syara’.

Yang dibuat selepas pemilik harta telah tiada ialah proses turunmilik harta yang telah dihibahkan kepada penerima hibah sebagaimana yang telah diakadkan dalam dokumen hibah. Iaitu prosedur pendaftaran pertukaran hakmilik harta mengikut lunas undang-undang.

Hibah itu sendiri telahpun sempurna ijab qabul semasa pemilik harta masih hidup.

Itu kaedah lazim yang dibuat oleh syarikat yang saya wakili, dan telahpun mendapat beratus-ratus rekod kes pengesahan hibah yang berjaya di Mahkamah.

Dengan adanya dokumen dan prosedur hibah yang dibuat secara sempurna semasa hidup, menjadi bukti harta berkenaan telah dihibahkan.   

Ini semestinya TIDAK SAMA dengan ‘Hibah harta selepas mati’ yang TIDAK SAH kerana pemilik berniatkan untuk memberi harta itu selepas kematiannya.

 

Hibah Bersyarat Ruqba Sah Digunapakai Walaupun Berkait Kematian?

Kami banyak mengeluarkan dokumen Hibah Bersyarat Ruqba berbanding Hibah Mutlak. 

Sebabnya dari sudut praktikal. Hibah Bersyarat dapat menjaga kebajikan pemberi, di samping membolehkannya mencapai hasrat untuk mewariskan harta kepada pemberi. 

Syarat ‘ruqba‘ yang mengikat Hibah Bersyarat ini ialah..

Apabila penerima yang meninggal dunia dahulu dari pemberi, maka hak ke atas harta yang dihibah akan berpatah balik kepada pemberi. 

 

Tidaklah harta itu menjadi pusaka penerima, sedangkan pemberi masih hidup lagi. Hasrat asal pemberi adalah untuk mewariskan harta berkenaan kepada penerima tersebut.. bukannya kepada waris-waris Faraid penerima. 

Anda perasan tak yang syarat yang mengikat Hibah Bersyarat ini berkait dengan kematian?

Meskipun begitu, Hibah Bersyarat Ruqba tetap SAH apabila disediakan dengan sempurna menepati rukun dan syarat Hibah. 

Bagaimana dan hujah apa yang digunapakai di Mahkamah nanti bila diperlukan, itu lebih baik kita serahkan kepada yang pakar.

Yang berkepakaran menyediakan dokumen Hibah yang sempurna, dan berpengalaman luas melalui perbicaraan pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah.

Jangan salah pilih syarikat penyedia servis!

 

Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 untuk mengHibahkan Harta

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This