Artikel yang lalu berkisar mengenai hukum melebihkan pemberian hibah harta kepada sebahagian anak. Pada dasarnya, pemilik harta berhak memberikan sebanyak mana pun hartanya kepada sesiapa pun selagi dia masih hidup.

Meskipun diberi kebebasan, Islam menyarankan ibu bapa agar berlaku adil dalam menghibahkan hartanya kepada anak-anak.

Sehinggakan terdapat pandangan ulama’ yang mewajibkan ibu bapa memberi hibah secara samarata kepada kesemua anak-anak mereka. Menurut mereka, hibah terbatal jika terdapat anak yang dilebihkan bahagian berbanding anak yang lain.

Perbezaan pandangan tersebut membawa kita untuk meneliti keputusan kes-kes penghakiman Hakim Mahkamah Syarie berkaitan pemberian samarata kepada anak-anak.    

 

Hadis Rujukan Isu Pemberian Samarata

Hadis utama yang dirujuk ialah hadis dari Nu’man Ibn Bashir (terdapat sedikit perbezaan riwayat dalam Sahih Bukhari):

Sesungguhnya Nu’man Bin Bashir berkata bapaku mendatangi Rasulullah SAW lalu berkata: “Sesungguhnya aku telah menghadiahkan anak lelaki aku ini seorang hamba.”

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada bapaku: “Adakah setiap anak kamu telah diberikan pemberian seperti itu?”

Bapaku menjawab: “Tidak”.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Pulangkannya”

 

Mafhum dari hadis tersebut, pandangan ulama’ terbahagi kepada dua:

1) WAJIB sama rata dan hibah terbatal jika berbeza pemberian.

    • Ini pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal, al-Thawri, Tawus dan Ishak
    • Bagaimanapun, Hibah sah sekiranya anak berkenaan menghadapi masalah wang untuk merawat penyakit, buta, masalah hutang, mempunyai anak yang ramai, menuntut ilmu dan sebagainya. 

 

2) SUNAT sama rata dan sah Hibah. Makruh jika berbeza pemberian.

    • Ini pandangan jumhur ulama’.
    • Sekiranya berbeza pemberian atas sebab keperluan, hukumnya tidak makruh. 
    • Mazhab Syafie: sunat samarata untuk mengelakkan dengki, kecil hati dan benci sehingga memutuskan ikatan keluarga.
    • Pembahagian samarata kepada anak lelaki dan anak perempuan sepertimana pembahagian dalam nafkah.
    • Hujah Abu Hanifah dan Imam Malik berdasarkan hadis:

“Samaratakanlah antara anak-anak kamu dalam pemberian. Maka sekiranya kamu mahu melebihkan salah

seorang daripada mereka, maka lebihkanlah anak perempuan”.

 

 

Kes Mahkamah Dalam Isu Pemberian Hibah Kepada Anak

1) Kes Wan Nahizun Binti Wan Osman v Wan Jafri Bin Wan Osman dan Lapan Yang Lain (06100-044-0703-2014) di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan

    • Ibu menghibahkan kepada anak secara sama rata. 
    • Hakim putuskan hibah sah.

 

2) Kes Nor Haily Maizura Binti Hussein v Nur Shamsul Bhariah Binti Hussein (14700-044-0132-2011) di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur

    • Ayah memberi secara tidak sama rata kepada anak-anak.
    • Ayah menghibahkan kepada lima anak dari perkahwinan kedua dan tiada hibah kepada dua anak dari perkahwinan pertama.
    • Hibah sah.

 

3) Kes Latifah Binti Misu, Maimunah Binti Misu dan Suwarni Binti Misu v Dua Belas Defendan (10300-044-0537-2012) di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam

    • Ibu hibah kepada plaintif pertama dan kedua, sedangkan plaintif ketiga dan anak lelaki yang tidak dijadikan pihak kerana telah meninggal dunia tidak diberikan hibah.
    • Hibah sah diberikan kepada plaintif pertama dan kedua, dengan berpandukan keterangan dari plaintif ketiga dan keluarga anak lelaki.

   

4) Kes Anuar Sen Bin Ismail v Cartem Bin Cargan (14100-044-0287-2013) di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur

    • Plaintif sebagai pemberi hibah menghibahkan kepada defendan iaitu isteri dan anak perempuannya. 
    • Pemberian tidak sama rata kerana tidak dihibahkan juga kepada tiga anaknya dari perkahwinan terdahulu. 
    • Hakim meminta maklum balas dari anak-anaknya yang tidak menerima hibah, dan mereka bersetuju menerusi lampiran surat.  

 

Wallahua’lam

 

Rujukan: “Penghakiman Hakim Syarie Mengenai Isu Pemberian Kepada Anak Berdasarkan Kes Pengesahan Hibah”

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This