Pengurusan harta pusaka adalah prosedur yang perlu dilaksanakan bagi men’cair’kan harta pusaka peninggalan arwah. Apabila arwah itu meninggal dunia, harta yang ditinggalkan itu dibekukan daripada sebarang transaksi bagi melindunginya dari disalahguna.
Pentadbir yang dilantik memainkan peranan penting bagi memfailkan prosedur tuntutan harta pusaka, mendapatkan persetujuan waris dan pengagihan. Sekiranya pentadbir itu gagal menyempurnakan proses pengurusan pusaka ini, harta pusaka itu akan kekal di bawah nama arwah.
Kos pengurusan harta pusaka secara umumnya berbeza, bergantung kepada di mana ia diuruskan dan siapa pentadbir yang dilantik.
Tiga Institusi Untuk Failkan Tuntutan Harta Pusaka
Bagi memfailkan permohonan tuntutan pusaka, waris perlu hadir ke Pejabat Pusaka Kecil, Mahkamah Tinggi Sivil atau Amanah Raya Berhad.
Lokasi mana yang perlu waris pergi, bergantung kepada nilai dan jenis harta pusaka yang perlu diuruskan.
Harta pusaka terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
- Harta alih – Wang Tunai, Saham, Simpanan Bank, KWSP, Insurans, Kenderaan, Barang Kemas dan Barang -Barang Berharga.
- Harta tak alih – Tanah, Rumah, kepentingan atas harta, hak atau faedah yang akan didapati daripada Tanah – Seksyen 66, Akta Keterangan 1967.
Sekiranya arwah tidak meninggalkan rumah atau tanah (harta tak alih), maka waris itu perlu pergi ke Amanah Raya Berhad.
Jika arwah meninggalkan rumah atau tanah, waris perlu berurusan di pusaka kecil atau Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (
Sekiranya nilai harta pusaka tersebut melebihi RM2 juta, maka waris perlu berurusan di Mahkamah Tinggi Sivil.

Sumber gambar: www.malaysia.gov.my
Kos Pentadbiran Pusaka
Apabila nak dibandingkan kos pentadbiran pusaka, kos di Mahkamah Tinggi Sivil jauh berbeza berbanding dengan di Pusaka Kecil.
Kos di Mahkamah Tinggi
Untuk berurusan di Mahkamah Tinggi, waris perlu mendapatkan khidmat peguam atau syarikat amanah untuk menguruskan prosedur pen’cair’an pusaka ini. Jarang sekali waris berurusan tanpa peguam.
Pentadbir pusaka arwah boleh dilantik dalam kalangan waris sendiri, atau boleh juga para waris berpakat melantik syarikat amanah sebagai pentadbir.
Pentadbir mempunyai kuasa yang besar dan juga tanggungjawab yang berat. Tugasan sebagai pentadbir perlu disempurnakan sehingga selesai dengan penuh amanah. Pentadbir yang korup akan menyalahgunakan wang pusaka yang dipertanggungjawab ke atasnya untuk diagihkan.
Sekiranya pemilik harta tidak yakin ada dalam kalangan warisnya yang mampu memikul tugasan sebagai pentadbir, dia boleh membuat dokumen secara rasminya melantik syarikat amanah sebagai pentadbir pusakanya nanti.
Namun begitu, para waris perlulah bersedia untuk mengeluarkan kos berpuluh malah mungkin beratus ribu RM untuk kos pentadbiran di Mahkamah Tinggi, bergantung kepada banyak mana harta pusaka yang diuruskan.
Sebagai rujukan, Akta Probet dan Pentadbiran 1959 memperuntukkan maksimum 5% caj servis dibolehkan.
Jika harta pusaka yang diurus bernilai RM1 juta (rumah dan lain-lain), maka maksimum caj servis yang boleh dikenakan oleh pentadbir yang menjalankan tugas bersamaan RM50,000.
Itu hanya untuk caj servis. Ada pelbagai lagi caj rampaian lain, caj simpanan amanah dan sebagainya yang boleh dicaj kepada waris.
Solusi pengurusan pusaka Wasiyyah Shoppe dengan nama al-Wasitah adalah solusi yang unik dan berbeza dengan syarikat lain. Pemilik harta boleh mengambil plan al-Wasitah semasa hidup lagi, membuat bayaran secara bulanan dan kesannya, waris tidak lagi perlu menanggung kos pengurusan yang beribu RM itu.
Kosnya menjadi percuma bagi waris, atau sangat minimal.
Harta Pusaka Berwasiat dan Tidak Berwasiat
Ada perbezaan prosedur antara pentadbiran harta pusaka berwasiat dan tidak berwasiat di Mahkamat Tinggi.
Wasiat ini merujuk kepada dokumen perlantikan wasi/pentadbir pusaka yang telah dibuat semasa pemilik harta masih hidup. Sekiranya ada dokumen tersebut, maka proses akan menjadi lebih mudah kerana individu atau syarikat amanah yang menjadi pentadbir telah ditetapkan.
Sekiranya tiada, ia dinamakan pusaka tidak berwasiat. Pentadbir yang ingin dilantik memerlukan persetujuan kesemua waris atau ketentuan mahkamah. Ini mengakibatkan tempoh prosedur menjadi lebih lama.
Selain itu, pentadbir yang akan dilantik perlu membawa bon jaminan dua orang yang setiap seorangnya mempunyai nilai harta bersamaan dengan nilai kasar harta arwah. Memang akan jadi sukar!
Jika syarikat amanah yang bertindak sebagai wasi atau pentadbir, segala tugasan pentadbiran pusaka, penyelesaian hutang arwah, dan pengagihan kepada waris yang berhak akan dilaksanakan dengan amanah.
Mudah, tetapi sudah tentu kosnya lebih tinggi berbanding melantik waris sebagai pentadbir.
Di Wasiyyah Shoppe, kami memberi kedua-dua pilihan.
Pemilik harta semasa hidupnya boleh memberi amanah kepada Wasiyyah Shoppe sebagai wasi dan bersedia mengeluarkan kos bagi memudahkan pentadbiran pusaka setelah peninggalannya.
Ataupun sekiranya dia memilih untuk ber’jimat’, boleh melantik waris sebagai wasi dan mendapatkan khidmat Wasiyyah Shoppe bagi membantu wasi tersebut.
Kos di Pusaka Kecil
Di pusaka kecil, waris sendiri boleh memfailkan permohonan. Tidak perlu mengambil peguam.
Dengan itu, kos pengurusan pusaka menjadi lebih rendah di Pusaka Kecil. Cuma ada bayaran perintah yang dikenakan oleh JKPTG, iaitu 0.2% daripada nilai keseluruhan harta yang ditadbir untuk nilaian harta RM50,001 dan ke atas.
Namun cabarannya tidak kurang hebat.
Waris yang menjadi pentadbir pusaka perlu tahu bagaimana kaedah dan prosedur yang perlu dilalui. Dia juga perlu meluangkan masa pada hari bekerja bagi menjalankan urusan.
Apabila ada kekangan ilmu, pengalaman dan sibuk dengan urusan kerja, lazimnya pengurusan pusaka ini akan tertangguh.
Semakin lama bertangguh, semakin berisiko boleh menjadi pusaka berlapis apabila ada waris Faraid yang meninggal dunia sebelum sempat selesai diuruskan.
Walaupun kos menjadi minimal, tetapi cabaran ini agak berat untuk ditempuhi.
Solusi pengurusan Wasiyyah Shoppe al-Wasitah adalah penyelesaian kepada halangan ini. Wakil syarikat akan membantu pentadbir bagi mempercepatkan waris memperoleh harta pusaka yang ditinggalkan.
Kos di Amanah Raya Berhad
Amanah Raya diberi kuasa menguruskan harta pusaka yang terdiri daripada harta alih sahaja.
ARB akan mengeluarkan Surat Kuasa (Akuan) bagi harta alih bernilai tidak lebih RM600,000 dan Surat Kuasa (Arahan) bagi harta alih bernilai RM 50,000 ke bawah.
Namun sekiranya pusaka tersebut juga mengandungi harta tak alih dengan nilai keseluruhan harta pusaka bernilai RM2 juta ke bawah, ARB boleh dilantik sebagai Pentadbir atau memohon perintah pembahagian di Pusaka Kecil.
Fi pentadbiran pusaka di ARB adalah seperti di bawah:
Sebagai contoh, sekiranya nilai harta pusaka yang diuruskan oleh ARB adalah RM1 juta, maka kos pentadbiran pusaka yang dikenakan adalah RM27,750.
Ini adalah caj servis. Mungkin ada caj-caj lain yang perlu ditanggung, contohnya seperti permohonan sijil Faraid di Mahkamah Syariah yang diwajibkan oleh ARB.
Sijil Faraid boleh dikecualikan sekiranya jumlah keseluruhan harta pusaka terdiri daripada harta alih sahaja dan kurang dari RM100,000.00 dengan 1 lapisan waris sahaja. Jika melebihi RM100,000.00 dan/atau terdiri dari harta tak alih, maka Sijil Faraid adalah mandatori.
Ini Antara Sebabnya Pusaka Tidak Diuruskan
Kos pengurusan pusaka tidaklah semudah dan semurah yang disangkakan.
Jika arwah tidak ada meninggalkan hartanah, maka tiada pilihan melainkan pergi ke Amanah Raya. Kos yang perlu ditanggung adalah seperti skala caj beserta kos-kos rampaian lain.
Kos di Pusaka Kecil lebih murah, tetapi memerlukan adanya arwah meninggalkah harta tak alih. Tetapi pentadbir perlu tahu dan meluangkan masa untuk failkan prosedur.
Kos di Mahkamah Tinggi memang mahal kerana perlu melibatkan peguam.
Seperti yang dinyatakan di atas, plan al-Wasitah adalah solusi penyelesaian kepada masalah ilmu, pengalaman dan kos pengurusan yang tinggi.
Plan al-Wasitah hanya boleh diambil semasa pemilik harta masih hidup. Jika dah meninggal baru waris nak cari Wasiyyah Shoppe untuk bantu mengurus, skala caj dah berbeza.
Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.
- Hibah Solusi Bagi Muallaf Wariskan Harta Kepada Keluarga Bukan Islam - November 11, 2024
- Old Money: Warisan Kekayaan dan Pewarisan Harta dari Generasi ke Generasi - November 10, 2024
- Takaful untuk Langsai Hutang: Pilih Agihan Secara Hibah atau Wasi? - November 6, 2024
Assalamualaikum Tuan, saya ada soalan berkaitan harta tak alih iaitu tanah. Sebenarnya tanah yang ayah bina rumah kami sekeluarg ni milik ibu sebab nenek hadiahkan tanah ni kepada ibu. Tapi semasa nenek hidup, nenek tak dapat nak tukarkan nama tanah ni terus kepada nama ibu atas sebab2 yg saya pun tak pasti. Jadi nenek tukarkan atas nama ayah dan buat perjanjian jual beli antara nenek dan ayah walaupun ayah tak bayar pun harga tanah tersebut. Dan ayah pula baru meninggal, jadi kami buntu dan risau bimbang ibu akan teraniaya jika tanah yang sebenarnya miliknya tak diberikan padanya semula
Wslm wbt,
Puan mendakwa nenek nak beri tanah kepada ibu, tapi tindakan nenek pula tidak selari, iaitu menjual tanah kepada ayah. Nenek pula dah meninggal.
Persoalannya, mengapa ayah tidak menukar nama tanah kepada ibu puan semasa beliau masih hidup?
Bila dah meninggal, tanah dah jadi pusaka. Nak buktikan dakwaan pun jadi sukar. Itu lah kepentingannya merancang pewarisan dan tidak menangguh.
Jadikan teladan bagi puan merancang harta sendiri semasa masih sihat dan hidup.
Assalamualaikum Tuan,
Saya ada persoalan mengenai harta Tak Alih. Tanah yang dibeli oleh ayah saya dengan mengunakan nama abang sulong kami sebagai pemegang amanah kerana tanah itu tanah KESEDAR yang mana peneroka KESEDAR tidak dibenarkan untuk memiliki 2 lot tanah, sedangkan ayah saya telah memiliki 1 lot tanah KESEDAR sebelum itu.
Tanah itu dibeli pada tahun 1992.
Pada tahun 2000 abang saya telah berkahwin( tidak mempunyai anak sehingga kini)
Pada tahun 2014 ibu saya meninggal dunia.
Pada tahun 2019 Abang saya yg sebagai pemegang amanah meninggal dunia.
Pada tahun 2021 Ayah saya pula meninggal dunia.
Persoalan: Bolehkah balu arwah abang saya menuntut tanah itu sebagai harta sepencarian?
Terima kasih
Apabila perlantikan wasi telah selesai. Dalam proses pembahagian harta pusaka, adakah stamp duty dikenakan untuk menukar nama harta pusaka dari nama si mati kepada nama waris.
Bagaimana fee dikira?
as salam wbt.saya nak brtanya tntng harta tak alih…iaitu tanah pusaka peninggalan atok dan nenekrlu n.2 lot atas nama atok .1 lot atas nma nenek.nk tukar ke nama emak saya..emak saya 5 bradik,emak saya yg bongsu,ke 4 abgnya sudah meninggal dunia,waris abg abgny7a telah setuju utk berikan kebenaran tanah2 trsebut letak nama mak saya,tpi,,ada 1 lot tanah trsebut,,nama pada geran sudah ilang disbb trlalu lama trsimpan…apakah kaedah yg boleh meyakinkan pihak pusaka kecil utk terima kes tersebut,dan waris2 dri abg2 mak,,adakah kesemua ank2 waris perlu tandatangan syrat persetujuan pusaka kecil
salam,boleh saya tau kos buat faraid utk kereta 2biji dan motor sebiji.angaran kos utk urus faraid berapa
Wslm. Jika arwah tinggalkan harta alih sahaja dan tiada hartanah, boleh rujuk amanah raya.
assalamualikum tuan..saya ada pertanyaan adik-beradik ayah saya ada 4 orang termasuk ayah saya..3orang telah meninggal dunia. hanya tinggal ayah saya sahaja yg masih hidup.selepas beberapa tahun ayah saya dapat tahu salah seorang adik-beradik ayah saya memiliki sebidang tanah.dapat tahu selepas kemas dokumen dirumah dan terjumpa berape kertas pembayaran cukai..adik ayah saya tiada waris disebabkan tidak pernah berkahwin.semasa hidup tidak waras selepas kematian nenek saya semasa kecil .macam mana proses untuk tukar nama keatas ayah saya..