Wasiat adalah instrumen penting yang mempengaruhi kelicinan perjalanan proses pentadbiran pusaka arwah.

Sekiranya semasa hidup arwah tidak pernah membuat wasiat, dia dikatakan mati dalam keadaan intestate. Pengurusan pusaka arwah ditadbir dengan kaedah ‘pusaka tidak berwasiat’. Lawannya adalah ‘pusaka berwasiat’ atau testate.

Kesan dari ada atau tiada wasiat agak besar kepada waris-waris dalam menguruskan tuntutan pusaka arwah.

Mati tanpa wasiat menyebabkan waris-waris perlu melengkapkan satu langkah tambahan dalam prosedur tuntutan pusaka. Iaitu mereka perlu sebulat suara melantik seseorang yang dipercayai sebagai pentadbir pusaka arwah.

 

Probet Bagi Pusaka Berwasiat

Bagi pusaka berwasiat, si mati telah mengenalpasti dan melantik seseorang atau institusi sebagai pentadbir harta pusakanya menerusi dokumen wasiat perlantikan wasi. 

Disebabkan itu, prosedur tuntutan pusaka dapat dipendekkan.

Mahkamah hanya perlu meneliti wasiat berkenaan dan mengeluarkan probet bagi mengesahkan perlantikan pentadbir yang dinamakan bagi menggalas tanggungjawab dan amanah mewakili si mati dan waris-waris. 

 

Mengapa Perlu Melantik Pentadbir Siap-siap?

Antara sebabnya ialah..

👉 Mungkin anda sebagai pemilik harta ada orang kepercayaan tertentu yang boleh diletakkan beban dan tanggungjawab sebagai pentadbir pusaka.

👉 Atau mungkin juga anda tidak mempercayai sepenuhnya kepada sesiapa, atau tidak yakin mereka berkemampuan untuk menggalas tugasan sebagai pentadbir. Tetapi anda mahukan harta pusaka yang ditinggalkan diuruskan untuk melunaskan hutang dan diagihkan dengan pantas dan amanah.

 

Dalam dua keadaan di atas, anda jangan bertangguh untuk membuat dokumen wasiat melantik wasi dengan kami.

Ini bagi menjamin individu yang dinamakan itulah yang akan memperoleh kuasa sebagai wasi untuk mentadbir pusaka.

 

Bagi keadaan kedua iaitu tiada calon pentadbir yang dirasakan sesuai, anda boleh melantik syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe sebagai wasi.

Wasiyyah Shoppe adalah pihak tidak berkepentingan dan tidak bias.

Malah syarikat tertakluk di bawah akta amanah bagi menjalankan prosedur pentadbiran pusaka dengan sebaiknya. 

 

Letter of Administration Bagi Pusaka Tidak Berwasiat

Bagi kes pusaka tidak berwasiat, pemilik harta tidak menamakan sesiapa pun sebagai pentadbir pusakanya.

Oleh yang demikian, ‘beban’ menentukan siapa yang layak dan berhak menjadi pentadbir terletak di atas bahu waris-waris.

Tugasan sebagai pentadbir adalah satu tanggungjawab, dan juga satu amanah.

Besar kuasa pentadbir ke atas harta pusaka yang diuruskan.

Perselisihan antara waris mudah berlaku.

Waris yang berniat jahat hendak membolot harta mungkin akan menonjolkan diri untuk menjadi pentadbir.

Bagi mengurangkan risiko pentadbir pecah amanah, Mahkamah menetapkan perlunya membawa bon jaminan berbentuk dua orang penjamin yang mempunyai harta sebanyak harta si mati. 

Setelah berpuas hati, Mahkamah akan mengeluarkan Letter of Administration bagi mengesahkan perlantikan pentadbir berkenaan. Bagi urusan yang dibuat di Pusaka Kecil, Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan.

Para waris yang hendak melantik Wasiyyah Shoppe sebagai pentadbir boleh berbuat demikian, namun memerlukan persetujuan kesemua waris.

Berbeza dengan keadaan pusaka berwasiat yang mana perlantikan wasi itu terus berkuatkuasa mengikut kehendak anda.

 

Dokumen Wasiat Perlantikan Wasi

Rujuk perkhidmatan syarikat amanah ataupun peguam bagi memastikan wasiat perlantikan wasi dibuat dengan sempurna dan menetapi syarat.

Di Wasiyyah Shoppe, dokumen perlantikan wasi ini boleh diperolehi pada kadar caj yang minima.

Malah bagi klien yang mengambil plan pengurusan pusaka al-Wasitah, dokumen melantik wasi ini diberikan tanpa kos tambahan.   

 

Wallahua’lam.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This