Apabila pemohon/waris menerima Perintah Pembahagian setelah selesai perbicaraan  ( Borang E atau Borang F atau kedua-duanya Bagi Permohonan Awal-Seksyen 8 dan Borang T atau Borang F atau kedua-duanya Bagi Permohonan Berikutnya- Seksyen 17), pemohon/waris dinasihatkan membaca dengan teliti arahan dan perintah yang dikeluarkan sebelum mengemukakan dokumen tersebut ke jabatan/agensi berkenaan untuk urusan selanjutnya.

 

Harta Tak Alih

i) Jika telah ada hakmilik/geran:

👉 GN/HS(D)/PN: kemukakan Perintah Pembahagian tersebut (WALAUPUN DIKELUARKAN PERINTAH LANTIKAN PENTADBIR ) bersama-sama dengan hakmilik asal, resit bayaran cukai tanah tahun semasa ke Bahagian Pendaftaran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian negeri berkenaan

👉 GM/HSM/PM: kemukakan Perintah Pembahagian (WALAUPUN DIKELUARKAN PERINTAH LANTIKAN PENTADBIR ) bersama-sama dengan hakmilik asal, resit bayaran cukai tanah tahun semasa ke Bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah dan Daerah berkenaan.

 

ii) Jika tanah tersebut di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dan belum mempunyai hakmilik, pemohon/waris hendaklah berurusan dengan agensi berkenaan sama ada FELDA/FELCRA/RISDA/BHG RANCANGAN TANAH PINGGIR/BHG RANCANGAN TANAH NEGERI.

 

iii) Pemohon/waris perlu berhubung dengan Pemaju projek perumahan tersebut jika harta tak alih yang dituntut belum didaftarkan nama si mati sebagai tuan punya (simati adalah merupakan pihak yang berkepentingan melalui suatu perjanjian yang sedang berkuatkuasa atau sebagainya.

 

iv) Sila berurusan terus dengan Pihak Pemegang Gadaian seperti bank-bank atau institusi kewangan lain, jika hakmilik si mati masih terdapat gadaian dan gadaian tersebut belum dilepaskan.

 

v) Jika si mati adalah salah seorang waris atau penerima harta pusaka yang sedang dibahagikan melalui perintah dari Mahkamah Tinggi maka Pentadbir yang dilantik bagi harta pusaka si mati hendaklah melaksanakan urusan penerimaan pindahmilik atas bahagian si mati sebagaimana perintah Mahkamah Tinggi berkenaan.

 

vi) Bagi bangunan kekal yang terletak di dalam kawasan penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ), urusan penukaran nama pembayar cukai pintu adalah di Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah yang berkenaan.

 

Harta Alih

Sekiranya si mati ada meninggalkan harta alih ( seperti yang telah disenaraikan di dalam Perintah Pembahagian ), sila berhubung terus dengan agensi yang berkenaan untuk urusan pengeluaran simpanan ( Bank ) , pindahmilik kenderaan ( Jabatan Pengangkutan Jalan ), Bot Nelayan (Jabatan Perikanan) dan sebagainya.

 

Sumber: JKPTG

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This