Sesuatu tanah itu ditakrifkan sebagai tanah terbiar apabila tanah berkeluasan sekurang-kurangnya 0.4 hektar tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut. Tanah pusaka yang terbiar kerana tidak diusahakan oleh waris termasuk dalam kategori ini.

Menurut data dari Jabatan Pertanian, pada tahun 2019 tanah terbiar meliputi keluasan lebih 103 ribu hektar di Semenanjung Malaysia dan WP Labuan. Kebanyakan tanah terbiar terletak di Pahang dan Selangor,

Antara faktor terdapatnya tanah terbiar ialah disebabkan masalah pengurusan tanah, termasuklah urusan pusaka yang tidak selesai.

 

Gagal Urus Pusaka Meningkatkan Tanah Terbiar

Sebahagian besar tanah pusaka terletak di kawasan desa dan berstatuskan tanah pertanian.

Akibat dari urus tadbir pusaka yang bertangguh dan tidak diselesaikan sehingga habis, tanah tersebut tidak dapat diperturunkan hak milik kepada generasi pelapis yang baru.

Disebabkan itu, maka geran akan terus berdaftar di bawah nama pemilik asal yang telah meninggal dunia.

 

Waris Sudah Berlapis-lapis

Lebih lama tanah pusaka tertangguh untuk diselesaikan, lebih tinggi risiko menjadi harta pusaka berlapis.

Apabila waris yang asal meninggal dunia sedangkan urusan pusaka belum lagi selesai, bahagian faraidnya akan menjadi hak waris-warisnya pula.

Pentadbir pusaka perlu mencari kesemua waris-waris berkenaan untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri dan persetujuan.

Peninggg!

Pentadbir perlu berurusan dengan waris-waris segenap usia; yang muda dan yang sudah lebih berumur.

Generational gap, perbezaan fahaman dan sikap… itu menjadi cabaran besar bagi pentadbir untuk mengurus pusaka.

Berurusan dengan manusia memang mencabar.

 

Dokumen Rekod Penting Telah Hilang

Dengan berlalunya masa yang lama, kebarangkalian untuk dokumen harta telah hilang atau musnah.

Begitu juga dokumen pengenalan diri, sijil kematian waris yang telah tiada, sijil nikah dan sebagainya.

Tanpa dapat dikumpulkan dokumen yang lengkap, prosedur pembahagian pusaka sukar untuk dilengkapkan.

 

Tanah Milik Bersama Waris Yang Ramai – Sukar Untuk Diusahakan

Antara faktor tanah terbiar ialah pemilikan bersama, terutamanya yang dikongsi dengan ramai orang.

Pemilikan ramai ini biasa berlaku bagi tanah pusaka yang dibahagi-bahagikan kepada waris-waris Faraid. Kesannya, syer tanah setiap orang menjadi kecil, khususnya bagi tanah yang berukuran kecil.

Antara cabarannya yang dihadapi:

👉  Tidak ekonomik untuk membangunkan bahagian tanah yang kecil

👉 Sukar menguruskan hal ehwal tanah

👉 Tidak dapat menentukan hak bahagian fizikal tanah yang mana satu yang dimiliki oleh setiap penama geran. Yang dinyatakan dalam geran hanya pecahan hak milik setiap penama.

👉 Sukar mengutip untuk bayaran cukai tahunan

👉 Siapa yang berhak menyimpan geran

 

Bagi mengelakkan kesukaran dan tidak jelas hak bahagian tanah, penama-penama boleh memohon untuk menamatkan hak milik bersama (co-proprietorship) dengan peruntukan dari seksyen 140 hingga 145 KTN.

Tapi sebelum tu, bersedialah dengan kosnya yang tinggi untuk pecah bahagian!

Pada masa yang sama, pemilikan bersama boleh mengundang konflik dalam pengurusan tanah. Tanah yang tidak dibangunkan menjadi tanah terbiar.

 

Tanah Pusaka Terbiar Bersaiz Kecil

Kebiasaannya tanah pusaka yang terbiar berkeluasan kecil, iaitu di antara 0.5 sehingga 1 hektar.

Saiznya yang kecil menyebabkan pembangunan tanah tidak ekonomik untuk pertanian komersil.

Untuk mendapatkan pulangan yang baik, pengusaha memerlukan tanah ladang yang luas bagi mengimbangi kos modal seperti baja dan racun, juga tenaga kerja.

 

Solusi?

Buatlah hibah tanah semasa masih hidup. Rancang sebelum terjadinya tanah terbiar akibat perkara-perkara di atas.

Walau bagaimanapun, solusi hibah TIDAK terpakai bagi tanah pusaka yang mana pemiliknya telah meninggal dunia. Dah terlambat untuk membuat hibah.

Bagi tanah pusaka, hanya boleh diurus tadbir sehingga selesai.

Kaedah pembahagian samada nak turunmilik kepada seorang waris sahaja, dan membayar waris-waris bahagian hak meraka, atau yang sebagainya… pandai-pandailah berbincang sesama waris.

Hibah dan perancangan harta hanya boleh dibuat semasa pemilik harta masih hidup.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This