Ar-rahnu, atau gadaian bermaksud menjadikan sesuatu barang yang bernilai sebagai cagaran hutang yang diambil. Sekiranya hutang gagal dibayar, hutang tersebut ditebus dan diganti dengan barang yang digadaikan.

Dalam ayat Quran, disebut mengenai gadaian dalam keadaan seseorang itu sedang bermusafir:

“Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang)”

(Al-Baqarah:283)

Hadis riwayat Anas ibn Malik pula menyebut mengenai peristiwa baginda menggadaikan baju besi bagi mendapatkan gandum sebagai makanan buat ahli keluarganya semasa baginda sedang bermukim di Madinah:

“Sesungguhnya Nabi SAW menggadaikan baju besinya ketika di Madinah kepada seorang Yahudi, dan baginda mengambil daripadanya gandum untuk ahli keluarga baginda”

Dari kedua-dua dalil tersebut, hukum gadaian adalah harus samada dalam keadaan bermusafir mahupun bermukim. 

 

Sejarah ar-Rahnu di Malaysia

1) Pada zaman pemerintahan Inggeris, sistem pajak gadai berlesen mula diperkenalkan dengan pewartaan Ordinan Pajak Gadai 1871.

2) Satu akta yang seragam sudah berjaya dilakukan dengan penguatkuasaan Akta Pajak Gadai 1972 pada Jun 1973.

3) Pajak gadai secara konvensional terikat dengan Akta 81 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Cons bagi pajak gadai konvensional ialah kadar bunga terlalu tinggi, tiada notis diberikan bagi barang yang tidak dituntut atau tamat tempoh, serta barang yang tidak dituntut akan dilelong tetapi duit lebihan disimpan oleh broker.

4) Penubuhan pajak gadai Islam dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Islam Malaysia pada April 1983. Mencadangkan agar Majlis Agama Islam Negeri, atau Bank Islam Berhad melaksanakan pajak gadai Islam.

5) Pada tahun 1990, bekas Gabenor Bank Negara, Allahyarham Tan Sri Jaafar Hussin menyarankan institusi kewangan Islam menerusi sistem perbankan memberi kemudahan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk memperoleh wang melalui cagaran.

6) Kedai al-Rahnu pertama ditubuhkan pada 1992 oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menubuhkan Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) pada 23 Januari 1992 iaitu pajak gadai Islam pertama di Malaysia. 

7) Koperasi pertama menjalankan al-Rahnu di Malaysia ialah Koperasi Bank Rakyat pada Oktober 1993 dengan kerjasama YPEIM.

8) YPEIM menjadi pelabur utama dan penyelaras dana pelaburan, dan Bank Rakyat bertindak sebagai pengurus pelaksanaan operasi skim tersebut. Projek itu dijalankan berdasarkan kepada konsep Muḍārabah Khas (Muqayyadah).

 

Wallahua’lam

 

Rujukan: Jurnal “Gadaian : Hukum dan Perbezaan Antara Sistem Al-Rahnu Dengan Sistem Konvensional” 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This