Hibah adalah kontrak pemberian yang terlaksana apabila cukup rukun hibahnya. Namun begitu, selain rukun-rukun tersebut, para ulama turut membincangkan elemen syarat qabd yang menentukan kesahan hibah dan menjadikan hibah itu berkuatkuasa dan mengikat (legally binding).

 

Qabd ialah tindakan penerima hibah menerima serahan, memegang dan menguasai harta yang dihibah dan menjadikannya harta milikannya.

 

Umumnya, ulama berselisih pendapat mengenai kedudukan qabd, samada ianya keperluan atau tidak dalam hibah; adakah ia diiktiraf sebagai syarat yang diperlukan untuk menguatkuasakan hibah. Dalam erti kata lain, adakah hibah boleh terbatal sekiranya tidak dapat disahkan qabd berlaku.

 

Kedudukan Syarat Qabd

Pendapat 1: Qabd Adalah Keperluan Dalam Hibah

Pendapat ini dipegang oleh jumhur fuqaha, termasuklah al-Nakhaie, al-Thawri, Abu Hanifah, Shafie dan Hanbali.

Antara pandangan dari pendapat ini:

1) Hibah belum boleh dikuatkuasa dengan semata-mata ijab qabul.

2) Harta yang dihibah masih dimiliki oleh penghibah selagimana tiada qabd. Hanya sah dimiliki oleh penerima selepas qabd. Maka penghibah bebas berurusniaga dengan harta tersebut selagi belum qabd, termasuklah untuk menarik balik hibah yang dibuat. 

3) Mazhab Hanafi meletakkan qabd sebagai ganti qabul dalam hibah

4) Ibn Qudamah (Mazhab Hanbali) – qabd adalah syarat untuk harta yang boleh disukat dan ditimbang sahaja. Untuk harta yang tidak boleh disukat dan ditimbang, ada pandangan hibah sah dengan ijab qabul, walaupun belum qabd.

5) Penghibah berhak membatalkan hibah sebelum penerima melakukan qabd.

6) Asas pendapat:

          ➙ Abu Bakr telah menghibah hartanya kepada Aisyah. Namun Abu Bakr semasa nazak memberitahu supaya diagihkan mengikut Faraid kerana Aisyah tidak pernah menerima dan menguasai (qabd) harta yang dihibah.

          ➙ Pemberian Rasulullah kepada Najashi, tetapi Najashi mati dahulu dan tidak sempat menerimanya. Maka ia diberi kepada Umm Salamah.

7) Fatwa para Sahabat seperti Umar, Uthman, Ibn Umar, Ibn Abbas, Aisyah, Muaz dan Anas.

8) Qiyas kepada qard di mana pemilikan tidak berlaku melainkan dengan qabd.

 

Pendapat 2: Qabd BUKAN Keperluan Dalam Hibah

Pendapat ini dipegang oleh Malik, Abu Thawr, Mazhab Zahiri, dan Shafie dalam qawl qadim.

Antara pandangan dari pendapat ini:

1) Imam Ahmadqabd tidak disyaratkan untuk harta yang tidak boleh disukat dan ditimbang.

2) Hibah sah dan berkuatkuasa dengan ijab qabul.

3) Imam Malikqabd bukan syarat sah, tetapi hanya syarat yang menyempurnakan hibah. Maka qabd adalah hak penerima hibah, dan dia boleh menuntut penghibah untuk menyerahkan harta yang dihibah. Hibah boleh batal jika penerima melewat-lewatkan qabd sehingga penghibah menjadi sakit, muflis, gila atau mati. Keizinan pengibah tidak disyaratkan bagi qabd.

4) Abu Thawr, Ibn azm dan Ahmadqabd bukan rukun hibah, syarat sah atau syarat sempurna.

5) Asas pendapat:

          ➙ Hadis – Orang yang menarik balik hibahnya adalah seperti seekor anjing yang menjilat kembali muntahnya.

          ➙ Hadis ini menunjukkan ijab qabul telah mengikat kedua-dua pihak, dan tidak membezakan penarikan balik   hibah dilakukan sebelum atau selepas qabd. Maka dianggap harta itu telah berpindahmilik kepada penerima.

          ➙ Hibah adalah akad sukarela, maka pemilikan menjadi sah sebelum qabd sepertimana wasiat dan wakaf.

          ➙ Qiyas kepada qabd atas jualbeli di mana pindahmilik berlaku dalam jualbeli walaupun tanpa qabd. Berpegang kepada “Asal sesuatu akad itu tidak diperlukan qabd sebagai syarat sah, sehingga terdapat dalil sebaliknya”.

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This