Harta pusaka beku di Malaysia yang kini mencecah nilai melebihi RM70 bilion kebanyakannya terdiri daripada hartanah; iaitu tanah dan rumah pusaka. Rugi umat Islam apabila ia tidak diurus kerana nilai hartanah semakin meningkat terutamanya di kawasan bandar-bandar utama.

Terdapat tanah di Kampung Baru contohnya yang masih belum lagi dapat ditukar-milik kepada waris-waris disebabkan pusaka bergenerasi berkenaan yang telah tertangguh begitu lama.

Adakalanya para waris telah bermuafakat untuk menjual rumah pusaka dan hasilnya diagihkan sesama mereka. Secara teori, ia boleh dilaksanakan. Namun secara praktikal, terdapat isu yang boleh menyebabkan perlaksanaannya tersangkut.     

 

Kenalpasti Waris-waris yang Berhak Dahulu

Muafakat mestilah melibatkan persetujuan kesemua waris-waris arwah. Maka langkah pertama ialah mengenalpasti siapa waris-waris arwah yang perlu dirujuk untuk berbincang. 

Dalam kes waris berlapis, waris yang berhak turut terdiri daripada waris-waris kepada waris yang telah meninggal dunia. Kalaulah tanah pusaka itu tertangguh untuk diselesaikan setelah 50 tahun lamanya, mungkin 3-4 generasi lapis waris yang perlu disertakan sekali untuk mendapatkan persetujuan. 

Waris pun dah pangkat cucu cicit piut piat miat. Bayangkan perlu berbincang dengan mereka, yang mungkin laras berfikirnya berbeza disebabkan generation gap.   

Semua waris-waris berkenaan mestilah bersetuju dengan penyelesaian yang dikemukakan. Jika solusi pembahagian ialah untuk menjual rumah pusaka, maka semua wajib setuju.

Tiada yang membantah dan perlu dipastikan memberi kerjasama. 

Jika terdapat waris-waris bawah umur, OKU atau hilang ingatan, mereka mungkin tidak layak untuk bersetuju mahupun membantah.

Oleh yang demikian, bagaimana nak teruskan dengan muafakat?

 

Perlu Filing Prosedur Tuntutan Pusaka

Andaikan muafakat itu berjalan lancar – SEMUA waris bersetuju untuk mengagihkan secara samarata, mengikut nilaian hak Faraid atau cara pembahagian yang tersendiri.

Muafakat tersebut perlulah direkodkan dalam prosedur tuntutan pusaka. Nak sampai ke langkah itu, perlulah terlebih dahulu para waris bersetuju melantik seseorang untuk menjadi pentadbir bagi memulakan urusan filing di Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi. 

Ini pun boleh jadi satu cabaran.

Kalau nak buat sendiri urusan, pentadbir memerlukan wang untuk bergerak dan juga sebagai imbalan usaha dan masa yang diluangkan. Pentadbir buat segala macam kerja, manakala waris-waris lain hanya menanti..

>> Kalau nak meminta sedikit wang dari para waris, rasa-rasanya mudah tak mereka nak hulurkan duit?

>> Kalau nak melantik syarikat amanah atau peguam untuk uruskan prosedur pusaka, maka kuranglah masa, usaha dan kepeningan. Tetapi duit upah perlu dikeluarkan lebih. Mungkin lebih sukar lagi nak dapatkan dari waris lain.

 

Waris yang Dapatkan Pembeli Tuntut Komisyen

Katakanlah telah selesai bab melantik pentadbir dan kos terlibat. Dan pentadbir itu dapat melaksanakan kerjanya dengan baik. 

Apabila memasuki langkah untuk menjual rumah pusaka tersebut, seseorang atau waris perlu mendapatkan pembeli yang berkemampuan dan berkelayakan. 

Waris berkenaan yang telah bersusah payah mencari dan mengesyorkan pembeli pastinya mengharapkan ‘komisyen’ atas usahanya. Biasanya komisyen jualbeli hartanah ni lumayan

Waris A pun tawarkan calon pembelinya.

Apabila nampak peluang untuk menuntut untung komisyen, waris B, C dan D pun berlumba-lumba untuk mengetengahkan calon pembeli masing-masing. 

Sekiranya para waris tidak bermuafakat kaedah penyelesaian untuk isu komisyen ini, ada kemungkinan berlakunya perbalahan. Waris yang tidak bersetuju akan berpaling dari memberi kerjasama.  

Walaupun pada asalnya semua waris sudah bermuafakat untuk menjual rumah pusaka dan mengagihkan hasilnya, namun tersangkut dalam perlaksanaan. 

 

Adakah itu Hasrat Arwah Pemilik Asal Rumah Pusaka?

Saya yakin tiada sesiapa pun ingin mahukan harta peninggalannya menjadi punca perbalahan waris.

Namun begitu, kita pun tahu manusia memang mudah gelap mata dengan harta. Apatah lagi harta bernilai tinggi seperti hartanah.

Apabila tiadanya perancangan pewarisan harta seperti hibah dibuat sedari awal semasa masih hidup, ada kebarangkalian perbalahan merebut pusaka itu boleh terjadi.

Lebih-lebih lagi untuk harta pusaka bergenerasi yang melibatkan pertalian silaturrahim kekeluargaan yang jauh.

Tak kenal maka tak cinta. Mudah untuk bergeser dan berbalah.

Bagaimanapun, sebelum para waris bermuafakat untuk menjual harta pusaka tersebut, wajar juga difikirkan hasrat pemilik asal harta pusaka. Tidak wajib, tetapi sebagai suatu penghormatan. 

Adakah arwah memang berhasrat untuk rumah pusaka itu dijual?

Atau disimpan sebagai satu legasi keluarga dan diwariskan turun temurun?  

 

Wallahua’lam.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This