Jujurnya, saya agak dilema untuk menulis tentang topik Hibah boleh dicabar ini.

Bukan kerana ingin menyembunyikan kelemahan perlaksanaan Hibah di Malaysia, tetapi bimbang pembaca terus kepada kesimpulan yang silap bahawa sia-sia sahaja membuat perancangan hibah apabila ianya boleh dicabar.

Sebenarnya bukan dokumen hibah sahaja yang boleh dicabar. Malah apa-apa sahaja dokumentasi, kontrak, perilaku, kenyataan dan bermacam lagi boleh dibawa ke Mahkamah, dibicara dan dicabar jika mahu.

Apabila dicabar, menang kalah terletak pada kekukuhan dokumen hibah yang dibuat, dan hujahan peguam yang mempertahankannya. 

Mengapa Dokumen Hibah Boleh Dicabar?

Semasa hidup, pemilik harta dan penerima menandatangani dokumen Hibah dan melaksanakan akad ijab qabul sebagai tindakan menyerah dan menerima harta yang dihibahkan.

hak

Dari sudut Syarak, Hibah telah terlaksana semasa pemberi masih hidup lagi, iaitu apabila rukun dan syarat hibah telah sempurna. Maka harta tersebut tidak tertakluk kepada pembahagian Faraid.

Mungkin anda tertanya-tanya.. kalau dah buat hibah, mengapa masih boleh dicabar lagi?

Dan mengapa masih ‘melibatkan’ waris Faraid?

Begini… dari sudut perlaksanaan undang-undang, prosedur turunmilik harta kepada nama penerima lazimnya ditangguhkan sehingga pemberi hibah meninggal dunia. Dalam rekod pendaftar, penama harta masih bawah nama pemilik asal.

Bagi harta yang masih dalam pinjaman, penangguhan penukaran penama itu adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Selagimana masih belum selesai bayaran balik pinjaman, bank tidak akan membenarkan perubahan hak milik pada harta tersebut.

Bagi harta yang tiada hutang pula, tiada halangan untuk akad hibah terus disusuli dengan urusan pindah milik. Namun saya syorkan juga untuk menangguhkan prosedur tersebut bagi memelihara kebajikan pemberi.

.

Apabila Pemberi Hibah Meninggal Dunia..

Penama harta yang dihibahkan di pejabat tanah masih di bawah nama pemilik asal walaupun akad hibah telah sempurna.

Apabila pemilik asal meninggal dunia, permohonan turunmilik harta hibah difailkan dalam prosedur tuntutan pusaka di Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi, bersama-sama dengan harta pusaka arwah yang lain. 

Secara ringkasnya, semasa prosedur tersebut waris-waris Faraid yang tidak berpuas hati atau tidak mahu melepaskan harta tersebut boleh mencabar kesahan hibah tersebut di Mahkamah Syariah

Dokumen hibah adalah bukti utama hibah telah dilaksanakan.

Waris-waris Faraid boleh mencabar di Mahkamah untuk membuktikan Hibah yang dibuat itu tidak sah. Tetapi perlulah datangkan bukti dan keterangan.  

Ingin juga saya jelaskan dengan terang… hibah TIDAK memerlukan persetujuan waris-waris untuk dilaksanakan.  

Jika mereka bersetuju, lebih mudah prosedurnya.

Tetapi jika mereka pertikai, penerima perlu dapatkan perintah dari Hakim Syarie (pakej Hibah Komprehensif).

Perintah Pengesahan Hibah dari Hakim Syarie

Apabila dokumen Hibah dipertikai oleh waris-waris Faraid, penerima perlu membawa dokumen Hibah ke Mahkamah Syariah untuk dibicara dan mendapatkan pengesahan Hibah dari Hakim Syarie.

Hakim akan meneliti dokumen Hibah yang telah dibuat. Subjek yang menjadi ukuran dan penelitian hakim adalah mengenai rukun dan syarat Hibah – samada ianya dipatuhi.

Dokumen Hibah yang dirangka dengan baik, dan diperkuatkan dengan hujahan peguam syarie yang handal dan memahami teknikaliti Hibah tidak akan berhadapan masalah untuk mendapatkan pengesahan Hibah.

Hakim yang telah mengesahkan akan mengeluarkan Perintah Pengesahan Hibah.

.

Hujah dan Kefahaman Peguam Tentang Hibah

Hujah peguam memainkan peranan yang sama penting.

Peguam yang memahami teknikal Hibah mampu untuk membahaskan rukun dan syarat Hibah yang terkandung dalam dokumen, dan menolak sebarang keraguan.

hujah peguam

Namun sekiranya dokumen yang disediakan itu dibuat ala kadar oleh peguam yang luar bidang kepakaran hibah, maka di sinilah tempatnya kelemahan dari segi penghujahan akan jelas terpapar.

Peguam itu tidak mampu untuk memberi hujah sokongan apabila dipersoal.

Apatah lagi apabila dokumen hibah itu sendiri yang bermasalah.

Maka datangkanlah peguam yang hebat sekalipun, tidak akan mampu mempertahankan dokumen Hibah yang tidak menepati rukun dan syarat Hibah.

Terutamanya apabila melibatkan Hibah Harta Bercagar atau hibah harta yang masih dalam pinjaman yang lebih kompleks.

.

Nak rancang Hibah? Whatsapp saya Ansari, 019-749 8210

.

Penyediaan Hibah Berdasarkan Ilmu, Kefahaman dan Pengalaman

Setelah jelas dokumen Hibah boleh dicabar oleh waris, maka seharusnya anda sedar betapa pentingnya memilih penyedia yang tepat.

Penting untuk melaksanakan hibah yang berkualiti dan terbukti berkesan. Kerana jika gagal disahkan, penerima Hibah yang akan menanggung kesannya.

Anda boleh yakin dan tenang bahawa penerima Hibah tidak akan terkapai-kapai kerana dokumen Hibah yang dibuat itu mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi untuk disahkan oleh Hakim Mahkamah Syariah, sekiranya dicabar.

Wasiyyah Shoppe telah bertapak dalam industri hibah dan pusaka sejak tahun 2004 lagi. Zaman di mana sangat jarang perancangan pewarisan dan Hibah disebut.

Wasiyyah Shoppe menjadi antara pelopor utama yang mempromosikan Hibah dalam masyarakat Malaysia. Pengalaman luas dalam industri hibah dan pusaka, dan kini menjadi penyedia dokumen Hibah terbanyak di Malaysia.

Bagi memastikan kesahan Hibah yang disediakan, Wasiyyah Shoppe telah melabur wang yang banyak untuk:

👍 Melantik barisan panel Syariah yang berpengetahuan dan berpengalaman luas – dalam bidang syariah khususnya tentang pewarisan, perundangan harta, dan teknikal pengurusan pusaka.

👍 Barisan panel diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Syariah, yang sangat memahami hujahan Hibah dan memastikan Hibah dibuat berlandaskan syariah dan undang-undang negara.

👍 Hujahan tentang Hibah terutamanya mengenai hibah harta bercagar disempurnakan dengan hasil dapatan kajian daripada geran penyelidikan yang diberikan kepada universiti tempatan. Dapatan ini penting bagi memastikan penyediaan dokumen berlandaskan hujah yang tepat.

Wasiyyah Shoppe telah berjaya mendapatkan lebih 300 kes pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah tanpa kalah

Anda tidak akan jumpa rekod yang sama di syarikat mahupun firma peguam yang lain.

.Nak rancang Hibah? Whatsapp saya Ansari, 019-749 8210

.

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This